Malaysia vs Myanmar [Sukan SEA 2011] Live TV1, TV3, Astro Arena
- Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Myanmar
JURULATIH, Ong Kim Swee sah tidak akan berada di bangku simpanan pemain ketika skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara membuat perhitungan dengan Myanmar pada aksi separuh akhir Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno petang ini.
Ia gara-gara penggantungan satu perlawanan yang dikenakan ke atas Kim Swee selepas beliau diarah keluar padang ketika barisan Harimau Muda membenam Indonesia 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A malam kelmarin.
Insiden itu berlaku selepas Kim Swee didakwa cuba mempertikai keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkasssar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Apa pun, atas kertas skuad Harimau Muda seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Myanmar hari ini, kerana Kim Swee masih boleh mengeluarkan arahan daripada ‘walkie-talkie’ kepada pembantunya, Hassan Sazali yang akan mengambil alih sementara tugas itu jika rayuan yang dibuat hari ini ditolak jawatan kuasa penganjur.
Satu lagi separuh akhir hari ini akan melibatkan tuan rumah, Indonesia menentang Vietnam yang akan berlangsung pada malam.
Info Siaran Langsung Separuh Akhir
Bola Sepak Sukan SEA 2011
Malaysia vs Myanmar
19 November 2011 (Sabtu)
5.00 petang, LIVE TV1, TV3 & LIVE Astro Arena
Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
November 19, 2011 - 9:37 am
diharap Nazmi faiz berjaya menghidupkan bahagian tengah
November 19, 2011 - 11:14 am
InsyaAllah..berharap sgt dia blh membuat sesuatu di barisan tgh dgn hantaran2 yg baik kpd penyerang kita…Amin…go nami go..go nami go…
November 19, 2011 - 11:05 am
midfield jangan cepat sgt bagi long ball kat striker, main2 dulu bagian tengah dgn short passing.. ala macam barca tu hehehe
November 19, 2011 - 1:26 pm
2la,xmenjadi kalau midfield passing bola tinggi kan
November 19, 2011 - 11:41 am
kasi game cantik la malam ni..
November 19, 2011 - 2:35 pm
good luck bola sepak malaysia…
November 19, 2011 - 3:44 pm
kalau hari ini finishing bagus…. tentu boleh score banyak gol…. hopefully ada kemajuan dari 1 perlawanan ke 1 p’lwnan…. cukup la…. good luck…
November 19, 2011 - 6:18 pm
GO GO GO MALAYSIA!!!!
November 20, 2011 - 1:45 pm
game dgn indon mmg best tgok…tapi semalam apsal nampak slow je…come on berjuang habis-habisan… Harimau malaya….