Malaysia vs Jepun [Kelayakan Olimpik 2012] LIVE TV1, Astro 813
Siaran Langsung Malaysia vs Jepun [Kelayakan Olimpik 2012]
Malaysia B23 vs Jepun B23
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
22 Februari 2012 LIVE TV1 / Astro 813 9.00 mlm
Harimau Muda tekad habis-habisan cipta sejarah benam Jepun
“KAMI sudah gagal ke Olimpik, tetapi kami ada maruah yang perlu dijaga!”
Itu pendorong yang menjadi bekalan buat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan menjelang aksi kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
“Kita tahu Jepun adalah gergasi Asia dan jurang dengan Malaysia masih jauh, jadi mereka mempunyai reputasi yang perlu dijaga terutama apabila peluang menjuarai kumpulan dicabar sengit oleh Syria.
“Saya rasa tekanan kini lebih kepada Jepun kerana mereka memerlukan jaringan yang besar bagi mengatasi kedudukan Syria. Pada perlawanan pertama dulu, mereka sekadar menang 2-0 dengan Harimau Muda.
“Kami bermain bukan saja untuk negara, tetapi juga untuk peminat tempatan. Jika kemenangan dicapai di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (malam ini), ia akan menjadi hari paling bersejarah buat bola sepak negara.
“Itulah tekad dan azam yang membara dalam diri kami.”
Khairul Fahmi adalah antara tonggak utama yang memastikan gawang negara tidak banyak dibolosi pada perlawanan pertama di Fukuoka sebelum ini.
Sekurang-kurangnya 17 percubaan tepat diselamatkan penjaga gol utama negara itu dan aksinya turut mendapat perhatian media Jepun. Seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang ialah Wan Zack Haikal Wan Nor tetapi pemain sayap itu tidak dapat beraksi malam ini akibat digantung perlawanan.
“Pada perlawanan pertama dulu, kami agak gementar apatah lagi bermain di tempat lawan, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan kami semakin meningkat.
“Janji kami adalah berjuang habis-habisan malam esok (malam ini),” kata Fahmi.
Siaran Langsung Malaysia vs Jepun [Kelayakan Olimpik 2012]
Luahan Perasaan