Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012 [Friendly]

SELEPAS menegur prestasi hambar skuad negara menjelang saingan Piala AFF Suzuki, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah nyata mengharapkan persembahan lebih baik pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Bangladesh yang bakal ditemui malam ini.

Klik Gambar di bawah untuk keputusan terkini Malaysia lawan Bangladesh

Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012
Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012

Kali ini, bukan saja kemenangan yang mahu disaksikannya, tetapi apa yang paling penting bagi beliau ketika memasuki fasa terakhir sebelum turun pada perlawanan pertama bertemu Singapura 25 November ini ialah, statistik perlawanan yang sepatutnya lebih baik apabila bertemu Bangladesh nanti.

“Saya harap pada perlawanan terakhir ini pemain dapat pamerkan persembahan yang bagus. Jangan bimbang soal jaringan gol, tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah sistem permainan serta perlu ada semangat untuk menang.

“Pemain perlu bermain mengikut tahap sebenar mereka. Saya yakin mereka dapat bangkit berbanding perlawanan terdahulu dan harap ia menjadi penyuntik semangat untuk saingan Piala AFF yang akan bermula tidak lama lagi.

“Bagi saya, berapa banyak percubaan di depan gol serta statistik lain itu yang paling mustahak. Mereka perlu terus konsisten mencari peluang untuk menyerang serta jangan leka di bahagian pertahanan,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, K Rajagobal serta anak buahnya menerima kritikan hebat selepas beraksi hambar pada tiga perlawanan pemanas badan apabila tewas 0-1 kepada Vietnam serta 0-2 di tangan Thailand sebelum sekadar seri 1-1 bertemu Hong Kong.

Prestasi longlai itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kemampuan mereka untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, malah Tengku Abdullah sendiri meminta Rajagobal supaya tidak terus melakukan eksperimen ke atas barisan pemainnya.

Tengku Abdullah menambah: “Saya memang berharap pasukan kita bersedia daripada segi semangat, fizikal dan mental kerana kejohanan ini begitu penting sekali dalam kalendar bola sepak kita.

“Memang harapan peminat begitu tinggi dan saya percaya jurulatih serta pemain sedar hakikat ini. Saya juga sempat bercakap dan berjumpa dengan pasukan lain yang sememangnya bertekad untuk beraksi sebaik mungkin, lebih-lebih lagi untuk menewaskan skuad kita,” katanya.

Related Posts

26 Responses to Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012 [Friendly]

  1. Bangladesh is very very strang boy and bangladesh is a royal benggol tiger ho ho ha ha a ha ha very strong boy and the Benggol boy …… Ok by very cayarfull ?

  2. Bangladesh Esha Allah Mennang sama Malaysia ( bangladesh 3-0 Malaysia ) Esha Allah esha Allah ? Allahuyabar

    • Milon mia is not a bangladeshi person, just using name… how come a muslim cannot write Insha’allah!!!
      Allah’Huakbar!!! i’m 100% sure this comment is by a indian guy… why they always doing this? they want everybody hate bangladeshis…

  3. Penyokong Harimau Malaya

    Bangladesh bukan nya sangat hebat!!!!!!!!!!!
    Malaysia akan menang 10-0 sama itu bangladesh!!!!!!!
    HaHaHaHaHa!!!!!!!!!

    • sy dgn ini berharap malaysia harus kalah.. insyaallah.. biar kalah friendly dari aff.. dan sy bersyukur kalau malaysia kalah,,, sekurang2nya rajagobal cepat sikit jatuh.. demi keadilan bolasepak malaysia.. bkn tak sygkan malaysia tapi kita dah takde kuasa memilih.. atau rakyat didahulukan.. hanya berdoa lebih baik kerana tuhan itu maha adil… komen apapun takde org nak ambil peduli..

  4. Kalau MALAYSIA kalah malam nie PECAT AJER RAJAGOPAL tu………………………………………

  5. Bangladesh bangladesh ? bangladesh hari ini menang sama Malaysia ?o hu hu a ha ha ha Malaysia kala sama bangladesh ? Bangladesh 3-0 Malaysia ?malaysia kala kala kala sama bangladesh ensha Allah …ok Darling by sekarang jum stodiyam bukit jolil … 8.35 pm

  6. Malaysia harimao saja you Tatao bangladesh Royal benggol tiger ?bangladesh hari ini misti mau (BND 3-0 mly ) tamao baiya gol nanti nanggis Malaysia (bnd 3-0 mly) cukop la Esha Allah…….

  7. wan rojali wan sin

    malaysia akan menang jika sali menjaringkan gol awl pasti menang jika tidak akan kalah…

  8. malaysia menang 5-0 sama thailand belasah huhuhuhu

  9. Asyik nak bereksprimen je..dalam2 duk bereksperimen tu..tiket kena beli gak..laen la kalau free..best jgak kalau wat eksperimen tukar2 jurulatih plak.

  10. M’sia 0 - 3 bangladesh …… Ok

  11. ape lah friendly main dgn bangla…kemaruk nak menang ke?…awas kalau seri pun malaysia udah kira kalah….pas ni bangla nak ajak main kriket lah…hi…hi

  12. MALAY 4-BANGLA 6

  13. msia kena mng 5-0 skurng2nya..barulh boleh ckp pasal level…

  14. msia 0 - 1 bangla haha……nak tutup mulut gopal tu,,,busuk………..

  15. ternyata kebimbangan TSAM ada benarnya, FAM seharusnya malu dengan tindakan pergantungan yang menjelaskan satu perkara iaitu ada yang tidak betul dalam pengurusan tertinggi FAM sekarang. Aku harap malaysia menang, tapi syukur walaupun kalah kerana FAM akan menelan segala perbuatan aniaya yang mereka buat.

  16. Draw 1-1…HM sangatlah merisaukan..

  17. Alhamdulillah 1 sma,mkanya jgn takabur, bangla jga ada otak dn maruah…

  18. hahahaha…experiment ku gagal lagi…lepas ni aku nak main PES je,xnak jd coach dah…serik2….FAM pecat la aku….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>