Match Report
Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012
Malaysia vs Bangladesh | 20.11.2012
LIVE Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam
VIDEO Malaysia 1-1 Bangladesh [KLIK]
*************************
Full Time: Malaysia 1-1 Bangladesh
m-90+3: Tamat perlawanan. Seri 1-1
m-90+2: Malaysia diberi sepakan percuma berdekatan petak penalti Bangladesh.
m-83: GOL! Jahid Hasan menjaringkan gol penyamaan Bangladesh. Malaysia 1 Bangladesh 1.
m-82: Bangladesh mendapat penalti.
m-60: Kedudukan masih kekal Malaysia 1-0 Bangladesh.
m-55: Ahmad Fakri masuk menggantikan Zaquan yang cedera.
m-54: Zaquan mengalami kecederaan hanya beberapa minit selepas masuk menggantikan Safee Sali.
m-46: Pertukaran pemain Harimau Malaya: Baddrol (Mat Yo), Zaquan (Safee), Shakir (Safiq), Hazwan (Kunanlan).
m-45: Tamat separuh masa pertama. Malaysia 1 Bangladesh 0.
m-33: Ofsaid. Gol Khyril Muhymeen dibatalkan.
m-22: GOL! Khyril Muhymeen menanduk masuk untuk menjaringkan gol pertama perlawanan. Malaysia 1, Bangladesh 0.
8.45 mlm: Sepak Mula.
8.40 mlm: Lagu Negaraku.
**************************
Tengku Abdullah: Harimau Malaya perlu pamerkan aksi bermutu
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi yang lebih baik apabila menentang Bangladesh esok.
Selepas gagal mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan menjelang Piala AFF Suzuki, Harimau Malaya akan bertemu dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan terakhir sebelum bertemu Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki Ahad ini.
Tengku Abdullah yang sebelum ini menegur skuad Datuk K.Rajagobal kini meletakkan harapan agar mereka beraksi dengan lebih baik dari sebelum ini.
“Saya harap pada perlawanan terakhir ini pemain dapat pamerkan persembahan yang bagus. Jangan bimbang soal jaringan gol, tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah sistem permainan serta perlu ada semangat untuk menang.
“Pemain perlu bermain mengikut tahap sebenar mereka. Saya yakin mereka dapat bangkit berbanding perlawanan terdahulu dan harap ia menjadi penyuntik semangat untuk saingan Piala AFF yang akan bermula tidak lama lagi.
“Bagi saya, berapa banyak percubaan di depan gol serta statistik lain itu yang paling mustahak. Mereka perlu terus konsisten mencari peluang untuk menyerang serta jangan leka di bahagian pertahanan,” katanya.
*****************************
Safiq: Kritikan bakar semangat Harimau Malaya
Walaupun ‘disepak terajang’ dengan pelbagai kritikan dalam persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF, namun kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tetap optimis Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2010.
Tegas Safiq, segala kritikan tidak menjatuhkan moral dia dan rakan-rakan, sebaliknya menganggap ia sebagai pembakar semangat.
“Kejayaan 2010 merupakan detik paling manis dan bermakna bagi semua ahli pasukan dan penyokong bola sepak negara, jadi bagi mengulanginya saya amat menagih sokongan peminat agar hadir memenuhi segenap ruang stadium memberi sokongan padu kepada kami.
“Kami sudah bersedia dan yakin mampu untuk memberikan persembahan terbaik seterusnya membawa satu lagi sejarah dalam bola sepak negara dengan mempertahankan kejuaraan tersebut,” katanya yang ditemui pada sesi skuad Harimau Malaya bertemu peminat di AEN Jusco, Bukit Raja di sini semalam.