Malaysia vs Australia: Tim Cahill, Mark Schwarzer digugur

PEMAIN Tengah Everton, Tim Cahill dan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer digugurkan daripada senarai pemain Australia bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia, Jumaat ini akibat kecederaan.

Cahill mengalami kecederaan buku lali ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City dan pegawai perubatan kelab menegaskan pemain itu memerlukan masa untuk pulih.

Sementara itu, Joseph Kallang Tie dan Yong Kuong Yong adalah antara muka baru yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Malaysia kendalian Datuk K Rajagobal.

Skuad kebangsaan yang terdiri daripada 22 pemain itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam dan mereka akan berlepas ke Australia minggu ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia.

Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini (Jumaat) di Canberra.

Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun.

Pemilihan Joseph dalam skuad tersebut bakal memberi banyak pilihan kepada Rajagobal untuk merancang kesebelasan utamanya, terutamanya di bahagian tengah yang turut membariskan Baddrol Bakhtiar.

Joseph beraksi dengan skuad Terengganu dalam saingan liga tempatan telah mempamerkan aksi cemerlang dalam merencana- kan rentak permainan skuad Penyu.

Aksi konsisten yang dipamerkannya dalam saingan domestik itu berjaya memikat hati Rajagobal yang sememangnya mencari pemain tengah berkualiti.

Kuong Yong pula yang merupakan watak utama di jentera serangan skuad Kuala Lumpur memiliki tindakan penyudah yang tidak kurang hebatnya.

Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sudah pasti membawa sinar baharu selain menjanjikan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Begitupun, dia perlu bersaing dengan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang sudah membuktikan keistimewaan sebagai penggempur berbisa.

Turut disenaraikan dalam senarai 22 pemain itu ialah pemain veteran, Norhafiz Zamani Misbah yang turut mempamerkan aksi konsisten dalam liga domestik.

Khairul Fahmi Che Mat pula terus diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penjaga gawang.

Duo out for Socceroos

Everton midfielder Tim Cahill has been ruled out of Australia’s forthcoming FIFA World Cup™ against Malaysia and Oman.

The Socceroos star had been due to fly home for the matches scheduled for Friday and next Tuesday in Canberra and Sydney.

However, club medical staff have insisted he needs more time to recover from the ankle injury he received after clashing with Manchester City defender Vincent Kompany in the Toffees’ 2-0 defeat nine days ago.

Cahill was only just passed fit enough to play in the weekend’s 216th Merseyside derby but now requires a period of rest.

“Tim played through the pain barrier on Saturday against Liverpool but the scan showed that the best course of action now is rest and rehab,” the club’s head of medicine Danny Donachie told evertonfc.com.

“Tim is disappointed but it is a straightforward decision because he would not be fit enough to play in the games in Australia.”

The 31-year-old will now undergo intensive rehabilitation at the club’s Finch Farm training ground for the next ten days or so.

It was later confirmed Fulham goalkeeper Mark Schwarzer had also been ruled out. Schwarzer injured his back on Fulham duty two weeks ago and aggravated it again prior to yesterday’s 6-0 thrashing of QPR.

Australia coach Holger Osieck has drafted in Danish-based goalkeeper Nathan Coe to replace Schwarzer in the squad. — FIFA.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>