Ranking Jun 2013: Malaysia di tangga 159
SKUAD bola sepak kebangsaan kembali memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) apabila berada pada kedudukan ke-159.
Menurut ranking terkini yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu hari ini, Malaysia naik dua anak tangga daripada kedudukan ke-161, bulan lepas.
Januari lalu, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian dan merudum ke tangga 164 pada Mac.
Kedudukan terbaru itu meletakkan skuad kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Bangladesh (152), Lesotho (155) dan Myammar (155).
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam (231), Thailand (209), Filipina (203) dan Myanmar (149).
Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,614 mata manakala Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,416 dan 1,287 mata.
Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.
Luahan Perasaan