Kelayakan Olimpik: Malaysia tewas 0-4 kepada Jepun

Keputusan Kelayakan Olimpik: Malaysia 0 Jepun 4

SKUAD bawah 23 Malaysia mengalami kekalahan kelima dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 apabila tewas 0-4 di tangan Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Jepun menjaringkan dua gol pada setiap babak sekali gus mencerahkan harapan mereka untuk layak secara automatik ke Sukan Olimpik London 2012 selaku juara kumpulan.

Lihat Video Malaysia vs Jepun [0-4]

Namun pasukan Samurai perlu menunggu perlawanan Bahrain menentang Syria lewat malam ini untuk kedudukan sebenar kumpulan C.

Penjaring:
Jepun: Sakai Hiroki (minit-35), Osako Yuya (minit-44), Haraguchi Genki (minit-55), Saito Manabu (minit-60)
Barisan pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat (Kapten), Mohammad Amer Saidin, Mahalli Jasuli (Mohd Affize Faisal Mamat), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail, Muhamad Nazmi Faiz Mansor (Ahmad Fakri Saarani), Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Syahrul Azwari Ibrahim), Ahmad Shakir Mohd Ali, A. Thamil Arasu.

JEPUN: Gonda Shuichi (Kapten), Sakai Hiroki, Ogihara Takahiro (Yamamura Kazuya), Higa Yusuke, Suzuki Daisuke, Hamada Mizuki, Higashi Keigo, Yamaguchi Hotaru, Haraguchi Genki(Sugimoto Kenyu), Saito Manabu, Osako Yuya (Nagai Kensuke).

Related Posts

3 Responses to Kelayakan Olimpik: Malaysia tewas 0-4 kepada Jepun

  1. HM telah membuktikan kita masih jauh utk mengapai level asia..tp semangat juang tidak harus bernoktah disini..teruskan usaha tanpa jemu..

  2. kite perlu terima hakikat bahawa mereka lebih bagussss dari kite…dengan hantar yang tepat lagi tersusun..ntah bila agaknya kite nak bermain cmtu..

  3. jurang bagai langit dengan bumi.. dlm media beria2 mcm nk bole kalahkan jepun.. tolong la jd realistik skit.. sokong tetap sokong.. tapi mula2 kene ngaku dulu mmg xda peluang langsung nk menang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>