Gaji Nazmi Faiz RM300,000 sebulan?

Gaji Nazmi Faiz Mansor di Beira-Mar Portugal RM300,000

Gaji Nazmi Faiz Mansor di Beira-Mar Portugal

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. — Sinar Harian

Related Posts

41 Responses to Gaji Nazmi Faiz RM300,000 sebulan?

  1. tahniah nazmi dpt bermain dgn kelab luar negera kerana dengan usia yang masih muda lagi dan kepakaran yang ada padanya hendaklah digunakan sebaik mungkin….semoga dia dpt buktikan pemain dari asia tenggara juga mempunyai rmi pemain yg hebat.

  2. hobin jang hobin

    aku x rasa la.. lagipun kontrak dia under youth contract.. x kan smpai byk tu..

  3. Dengan harapan ianya dapat memberi comitmen yang kuat agar negara kita lebih kuat dan semangat yang jitu…syabas nazmi!

    • ada byk tau bdk yg cam nazmi ni kt malaysia klu kita gali betoi2..depa ni semua tak tau yg depa ada chance yg sama mcm nazmi..so aku cadang kan kita semua lyn game bola bdk2 baru nk besaq kt tmpt masing2..level sekolah rendah lagi cantik..nk tgk soccer kids tv3 dah ada orng punya..tapi stok plyr dok ada byk lagi..mana tau kot2 kita bole jadi agen plyr..duit tu..

  4. mungkin per tahun.. RM25K monthly.

  5. jgn ade artis pompuan yg dok sibuk sudah…hancur mase depan budak ni nanti

    • yg tu betoi..depa nanti kata cinta pandang pertama la..mmng dah minat lama dah..ishh lingkop bdk nazmi ni satni..tapi klu dia cerdik,fokus main bola betoi sampai satu tahap sok ni top club kt europe berebut mau..apa la sgt ngan artis ni semua..baik punya nanti dia dapat..apa pon majulah sukan utk negara..

  6. hamboih,biar betol penulis?xkan contract nazmi nih macam tuh skali?xkanla gaji dia dibayar 100k Euro plak,plus minus after conversion 300k duit malaysia.

  7. aku rasa gaji dia lebih kurang RM50K-150K utk 1bulan..kalu RM300K tu da byk sgt kot..

  8. xpe la…rmai xcaye knape…jeles ker…2 la org mlyyu xble nk sapot lnsng…sokong la nazmi….go nazmi

    • betul2..aku sokong..oan melayu cm tu la..jgn dengki..tu rezeki dia

    • yg nyata mmng dia dpt byk lagi dari safee sali..jadi budak yg baru nk besaq kt luaq sana tak kan tgk saja kot.hampa yg bole main bola ni bole jadi mcm nazmi ni klu hampa mau.kami yg kaki bangku ni semua cuma bole harap hampa main betoi2..bangga ooo dpt tgk bdk malaysia main kt top league europe..

  9. Assalamualaikum….

    Kan sudah dinyatakan bahawa ia khabar yang belum disahkan… maknanya ia baru “ura-ura”… Kena fahamlah… Sumberpun diambil dari akhbar Sinar Harian…

    Apa-apa halpun Nazmi akan jadi pemain yang menerima gaji yang lumayan berbanding dengan sesetengah pemain muda dan tua di Asia Tenggara serta kawasan sekitarnya… Moga Nazmi pandai simpan duit…

    “adik…, duit lebih tu nanti simpan dalam tabung ye.. dah penuh masukkan ke dalam bank…” :-)

  10. Jauhkan diri dari artis..kalo nk berjaya lagi..

  11. kalo info tu betul, maknanya nazmi dapat €20 ribu seminggu. kat England, tu kira gaji above average sebab biasanya player dapat dalam €15-18ribu seminggu. Portugal tak tahu la. aku rasa gaji tu agak lumayan, tapi kalo star, dapat lebih lagi rasanya.

    • xkisahla gaji dia berapa,mak jermah x kisah.asalkan jgn lupa diri,blagak x ingat dunia,tapi performance ntah kemana,last2 ke tong sampah.ingat tuh….skang nak naik,tapi mana tahap ko nanti,so ko kene serious ngan career ko nazmi…

    • wei2…klu stakat rm300ribu sbln kira rendah lgi tu..ada yg smpi 300ribu rm sminggu..

  12. main tak pandai mana !…nii action jeer lebih.kalau pemain malaysia takkan kemana pun.

    • kita mestilah bangga dengan kejayaan anak malaysia..walaupun malaysia xdpt pergi piala dunia tak mustahil malaysia mempunyai pemain yang brbakat…

    • hang ni betoi la assam jawa..budak kita tu..x kira negeri mana dia mai..insyallah..dia bole success..hang confident la sikit

    • @asam jaya : ko tu owg jawa.. memey le x sokong owg malaysia..
      aku cadangkan ko blik jek jawa….

      • Bro dzack, jgn ler sebab asam jawa, semua orang jawa kau marah, aku pun Jawa gak, aku sokong n puji nazmi kerana kejayaan yg dikecapi…

  13. Harimau Malaya

    asam jawa support la sikit player Malaysia, xsemua pemain kita xbleh pg jauh.. dah dia dpt pluang 2, mybe dia akn berjaya. Sokongan Kami Zaman Berzaman….

  14. ok la ….kita sokong..

    • cuma satu je adik nazmin tok boleh main sampai 95minit,cuma 45minit betul ke?..kalau main lebih 45 minit saraf nya akan kejang..simpati sangat-sangat saya dgn dia…

      • ko ni mcm2 la dengo sana,dengo cni..
        kalo dia xda bakat, xda la dia dapat main malaysia n tawaran ,main kat portugal…
        blik la jawa…

  15. tahniah nazmi faiz… buktikan pemain dr msia pun hebat2… biaq p org nak kata apa pun janji nazmi berjaya capai impiannya.. sokong jgn x sokong..

  16. jauhi artis perempuan kalo nak sukses..jgn mcm sorang tu bakat ada tp hancur bila masuk dlm dunia artis!tahniah Nazmi!

  17. Pakcik aku kwn dgn bapak nazmi…bapak die ckp gaji nazmi Rm15,000 je sbulan…bkn pasal gaji yg di pikir kan tapi dpt main kat portugal lebih utama….so klu die bgus, lpas tiga thun nnt naik lah gaji die..

  18. pakcik aku bapak nazmi..takde pulak die sibok cite gaji anak die..die just risau camne anak die nak semayang jumaat tiap tiap minggu takut cari masjid tak jumpe..

  19. Mustahil byk mcm tuh. Sedangkn byk lg player yg setaraf ataupun jauh lg hebat dr Nazmi kt League 2,3,Conference England gajinya lg rendah. Rumor yg merepek.

  20. Kita tengok gaji dia dlm RM. Cuba tengok dalam pound sterling. Tak sampai 15k pun per week.Cuba bandingkan pulak dgn top player kat BPL yg sampai 200k per week. Tak byk mana pun, cuma kita jer nampak byk bila convert ke RM.

    • adoiiiihaiii RINGO….
      mmg la x bnyak mcm MEssi, Ronaldo..
      tp da kira bnyk la tu..
      gaji ko plak brapa??? hahhahaha..
      ko nya gaji kalo convert kat rupiah kira bnyk la.. juta kot..hahahhaha

  21. btul ckp asam jawa..budak ni xkemana pun..puiiih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>