Leuniey nafi punyai hubungan dengan Khairul Fahmi

Khairul Fahmi - Leuniey NatashaSEORANG pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau ‘Leuniey’ hari ini tampil menafikan mempunyai hubungan dengan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Malah, gadis berkulit putih itu turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.

Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan kerana masalah peribadi dan tidak serasi bukannya disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaik-baiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,” katanya dalam sidang akhbar di butiknya di sini hari ini.

Hadir sama ialah ibu bapanya Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.

Sebelum ini, sebuah portal berita detikperubahan.com melaporkan Khairul Fahmi kini dikatakan asyik bercinta dengan gadis manis bernama ‘Leuniey’.

Kontroversi ini tercetus setelah pemilik laman sosial Twitter @MahSiH2 mendakwa Apek merupakan seorang player dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck.

@MahSiH2 mendakwa penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti itu telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Dalam pada itu, Leuniey menafikan dakwaan yang dia pernah keluar atau berhubung dengan personaliti sukan terkenal negara itu.

“Saya tidak pernah keluar dengan Apek, apatah lagi bercakap dengannya. Kalau ada bukti yang saya pernah keluar dengan dia, sila tunjukkan.

“Jika tiada, saya harap, orang yang membuat fitnah ini supaya menghentikan segala tohmahan ini. Ia bukan sahaja memalukan keluarga saya, malah, turut memberikan kesan kepada Apek dan keluarganya,” ujarnya.

Sementara itu, Syed Ahmad meminta pihak berkenaan supaya menghentikan segera tohmahan terhadap Apek.

“Jika pihak berkenaan meneruskan lagi tohmahan ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya. — Utusan

‘Saya bukan kekasih Apek’ - Leuniey

Khairul Fahmi - Leuniey NatashaKOTA BHARU - Seorang pemilik butik di sini, Nur Eilunie Natasha Nazri semalam tampil membuat pengakuan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan cinta dengan penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek .

Gadis berkulit putih berusia 21 tahun itu yang lebih mesra dipanggil ‘Leuniey’ turut menafikan tonggak utama The Red Warriors itu menjadi punca beliau memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.

Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan atas sebab masalah peribadi dan bukannya kehadiran orang ketiga.

“Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,” katanya dalam sidang akhbar di butiknya di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah ibu bapanya, Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.

Sebelum ini, sebuah portal berita detikperubahan.com melaporkan Apek kini dikatakan hangat bercinta dengan gadis manis bernama ‘Leuniey’.

Leuniey nafi ada hubungan dengan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek

Related Posts

7 Responses to Leuniey nafi punyai hubungan dengan Khairul Fahmi

  1. gosip2 pn ada..ingat bola jee.. mcm mangga je

  2. Jangan2 si sepet tu sendiri yg buat akaun twiter pastu dia sendiri yg sebar gosip murah,.

  3. kelantan nate, selangor beruk...

    apek bodoh ni culture shock… biase la lame duk hutan,,, kelantan2…

    • terencat-ada-lagi

      Ada lagi jenis terencat akal yg terlepas kat sokernet ni. Ingatkan dah semua masuk wad. Dah ambik ubat belum? Kesian mak kau dapat anak perangai macam kau ni.

  4. Apek banyak bawa kejayaan kepada Bolasepak Kelantan dan Malaysia..penjaga gol yang cekap dan cekal..

  5. GOMO KELATE GOMO

    sep2 klate kito terbaek!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>