TIKET untuk perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai pukul 3 petang pada hari perlawanan Rabu ini (29 Jun).
Perlawanan yang dijadualkan bermula pukul 8.45 malam bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu venue sama aksi Kelayakan Olimpik 2012 ketika skuad Bawah 23 kebangsaan menewaskan Lubnan 2-1 pada 23 Jun lepas.
Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM30 untuk tempat duduk di grand stand, RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Beliau berkata penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning stadium berkenaan.
Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.
Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia lwn Taiwan, Malaysia vs Taiwan