Latihan skuad Olimpik: Butler serah pada KAFA kedudukan Khairul Fahmi

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat

JURULATIH Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga gol utama Red Warriors dan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara menjalani latihan, menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.

Menurutnya, hanya Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.

“Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham,” katanya.

Tetapi pada masa yang sama, Butler tetap mengharapkan kehadiran Apek di dalam skuad The Red Warriors.

“Saya juga perlukan Fahmi kerana dia sudah lama bermain bersama Mat Yo (penyerang Norshahrul Idlan Talaha). Kita mesti fikir kebajikan mereka tapi saya tak mahu komen untuk pasukan kebangsaan, anda tanya Tan Sri (Annuar Musa),” katanya.

Khairul Fahmi turut menyerahkan kedudukannya kepada KAFA sama ada mahu membenar atau sebaliknya untuk dia menyertai latihan bersama skuad Olimpik.

Khairul Fahmi tidak lapor diri latihan Skuad Olimpik

KETUA pasukan dan penjaga gol utama skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat mencetuskan tanda tanya apabila tidak hadir hari pertama sesi latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik menentang Bahrain, semalam.

Pemain Kelantan itu juga tidak memberikan sebarang alasan ketiadaannya di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini kepada ketua jurulatih Ong Kim Swee, yang bagaimanapun masih cuba memberikan ruang dan tempoh kepadanya sehingga hari ini.

“Surat panggilan melapor diri sudah dikeluarkan kepada pasukan dan kelab pemain masing-masing pada 18 Januari lalu dan mereka mesti tahu tanggungjawab kepada negara dan memberikan alasan kukuh yang boleh diterima jika tidak dapat hadir.

“Saya masih cuba menunggu maklum balas daripadanya mahupun KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) tetapi saya juga tidak boleh cuma ada dua penjaga gol (Shahril Saari dan Izham Tarmizi Roslan) untuk berlatih dan dibawa ke Manama, bulan depan.

“Kalau perlu saya akan panggil seorang lagi penjaga gol,” katanya semalam yang akan menamakan 21 pemain ke Manama bagi menjalani sesi latihan lima hari dan menentang Bahrain pada 5 Februari.

Difahamkan Khairul Fahmi atau Apek sukar dilepaskan oleh Kelantan bagi menghadapi Kuala Lumpur dalam Liga Super 2012 di Kota Bharu, Sabtu ini biarpun Kim Swee akan membenarkannya dan pemain bukan Harimau Muda A, pulang sehari sebelum itu.

Pemain lain seperti Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Gary Steven Robbat yang sebelum ini tercedera dalam kempen awal Kelayakan Olimpik, sudah beransur pulih namun Syahrul Azwari Ibrahim dan Syazwan Tajudin.

Mengenai perlawanan persahabatan pemanas badan kata Kim Swee, setakat ini sebuah kelab Singapura, Home United sudah pun membatalkannya dan memaksanya mendapatkan sebuah lagi pasukan republik itu apabila menghadiri majlis pelancaran Liga S 2012 di sana, hari ini. — utusan

Khairul Fahmi tak hadir latihan Skuad Olimpik

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>