Asia Tour 2011: Malaysia 3 Liverpool 6

Malaysia lwn LiverpoolMALAYSIA mempamerkan semangat juang tinggi ketika bertemu Liverpool dalam aksi persahabatan Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil namun tetap gagal menghasilkan kejutan apabila tewas 6-3 kepada kelab EPL itu.

Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Datuk K Rajagobal yang turun dengan misi mengembalikan maruah yang tercalar setelah tewas kepada Arsenal 4-0 Rabu lepas. Barisan yang diketuai Safiq Rahim jelas tidak lagi gentar beradu tenaga dengan bintang-bintang Liverpool dan berani melakukan cabaran untuk merampas bola.

Permainan seperti yang dijangkakan dikuasai oleh Liverpool, dengan hantaran-hantaran pendek seringkali memgelirukan Malaysia dan memaksa mereka melakukan terjahan lewat untuk merampas bola.

Liverpool terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-27 menerusi penalti yang disempurnakan Charlie Adam setelah Carroll dijatuhkan oleh pertahanan Malaysia. Bintang baru Liverpool itu terpaksa mengambil semula penaltinya setelah jaringan pertama dibatalkan pengadil. Adam bagaimanapun tenang menewaskan Sharbinee buat kali kedua.

Malaysia bagaimanapun tidak langsung goyah apabila berani mengasak kubu Liverpool, yang kelihatan sedikit kepenatan dan hasil usaha keras barisan Malaysia membuahkan hasil apabila Safiq Rahim tenang menyempurnakan sepakan percuma tiga minit sebelum babak pertama berakhir, melepasi penjaga gol, Brad Jones.

Di babak kedua, hampir keseluruhan kesebelasan utama Liverpool digantikan dengan pemain-pemain simpanan, di mana bintang-bintang seperti Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Alberto Aquilani dan David Ngog diturunkan.

Pada minit ke 69, Liverpool kembali di hadapan apabila Ngog mempamerkan tindakan penyudah yang tajam menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kelahiran Perancis itu tidak mengambil masa lama untuk menggandakan akaun golnya apabila dua minit kemudian, dia merembat kencang ke arah kiri pintu gol Malaysia menewaskan penjaga gol Kelantan itu.

Tersentak dengan kehilangan dua gol berturut-turut, Malaysia kemudian menurunkan penyerang sensasi negara Safee Sali untuk mempertajamkan barisan serangan. Bekas penyerang Selangor itu segera menguji penjaga gol Liverpool dengan rembatan leret pada minit ke-72.

Liverpool terus mengamuk apabila pada minit ke-75, Maxi Rodriguez menyudahkan hantaran silang daripada kiri pintu gol Malaysia untuk gol keempat mereka, membuatkan Khairul Fahmi mengeleng-gelengkan kepala dengan prestasi hambar barisan pertahanannya itu.

Safee Sali terus mempamerkan persembahan hebat apabila rembatan derasnya pada minit ke-77 terpaksa ditepis keluar oleh Martin Hansen, yang masuk menggantikan Brad Jones pada permulaan babak kedua.

Seminit kemudian usaha keras Safee Sali akhirnya membuahkan hasil apabila dia menolak masuk bola muntah yang gagal ditangkap kemas Hansen setelah Mohd Amirulhadi menghantar bola leret dari kiri pintu gol Liverpool.

Stadium Nasional sekali lagi bergegar apabila Safee Sali melepasi perangkap ofsaid Liverpool sebelum merembat melepasi jangkauan Hansen sekali lagi pada minit ke-82 untuk gol ketiga Malaysia.

Pemain kelab Pelita Jaya itu terus menghuru-harakan barisan pertahanan Liverpool, yang jelas bergelut untuk menangani kelincahan pemain itu.

Namun Liverpool akhirnya lega apabila Maxi menanduk kemas hantaran Kuyt daripada arah kanan untuk gol kelima Liverpool ketika aksi sudah pun masuk ke masa tambahan.

Para penyokong yang membanjiri stadium terus dihiburkan dengan gol keenam Liverpool apabila Kuyt menyudahkan hantaran Aquilani untuk gol terakhir perlawanan.

Related Posts

9 Responses to Asia Tour 2011: Malaysia 3 Liverpool 6

  1. bagus!!!tp okay lh juga tu dpt juga gol drpd masa lwn ngn arsenal tu kn 4 - 0!!!

  2. mmg bagus, tapi ramai yg bengang lepas azmi muslim ganti asssarudi jd bek kiri, dia hilang posisi.Khairul fahmi pulak main mcm bapok!

  3. TanpaNamaBudakBodo

    xpyah dok komen cara org maen la…lau kau maen lg truk malaysia kne…mcm celaka TanpaNama komen…!

    • ko apa tau? tau sorak time gol, tau sedih time kalah!!..haha. Orang tengok bola dengan otak, bukan dengan perasaan dan otak KOSONG..bongok!!

      • ada ke org tgok bola dgn otak kah333… ada gak org bodoh cm kau nii… malu nya aku… mak kau xatar skolah keeee… bonggok nk mampus kau punya komen wat malu org selangok je kau ni..cm sial jeee

  4. khairul fahmi bodoh

    memang kena komen sebab aku pi stadiunm bayar bukan dgn daun..betul 2 main last2 minit mcm budak sekolah khairul fahmi 2.makan budu banyak

    • alah p stadium pn nk kecoh..sapa suroh kau p bodoh..dh kalah byak ckap plak cm babun je kau ni.. main cm budak skolah pnn dpat main malaysia bodoh..kau yg pandai komen tu dpat kee. heee kalau nk komen ni pakai akal bukan otak lembu cm kau bodah sial…makk kau x niaga jubo ke tanpa nama

  5. Aku rasa si KFB ni patut submit nama dia untuk jadi player next season. Kalau kau nak merungut pasal masuk stadium kena bayar, lain kali takyah lerr pegi stad. Setakat nak kutuk apek makan budu banyak tu…nampak sangatlerr otak kosong kau tu,

  6. 0h Gergasi tu homoseks rupenye..patutlah die ckp die syok kat KFCM tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>