Khairul Fahmi ketuai senarai pemilihan 25 pemain hadapi Bahrain

PENJAGA gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengetuai senarai 25 pemain negara bagi menjalani latihan dan pemilihan pasukan Olimpik kebangsaan bagi pertemuan menentang Bahrain, 5 Februari depan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, setiap pemain perlu melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee pada Rabu depan di Hotel BlueWave, Shah Alam, Selangor.

Latihan pusat akan diadakan dari 25 hingga 28 Januari ini di Wisma FAM dan di Majlis Sukan Negara dari 29 hingga 31 Januari.

Malaysia setakat ini tewas kesemua tiga perlawanan pusingan ketiga, iaitu 2-0 kepada Jepun, Syria (2-0) dan Bahrain (2-3).

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu adalah di Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Senarai 25 pemain:

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Zubir Azmi, Muslim Ahmad (Terengganu), K Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Gary Steven Robbat, Mohd Affize Faisal, Wan Zack Haikal Wan Noor, Muhammad Syazwan Tajuddin, Nazirul Naim Che Hashim, Mahali Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Shahril bin Sa’ari, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda A), Wan Ahmad Amirzafran Wan Madris (Harimau Muda B), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>