Khairul Fahmi ‘Apek’ Bintang Sukan Harian Metro Paling Popular 2011
Kelantan FA pilihan peminat bagi kategori Pasukan Malaysia Pilihan
TEKA-TEKI mengenai siapa Bintang Sukan Harian Metro Paling Popular terjawab apabila majoriti pembaca memilih penjaga gol nombor satu Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Nyata ia bukan satu kejutan apabila Khairul Fahmi menjadi pilihan berbanding calon lain iaitu kapten skuad Harimau Muda di Sukan SEA Jakarta 2011, Baddrol Bakhtiar, penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali dan bintang muda meningkat naik, Nazmi Faiz Mansor.
Khairul Fahmi atau Apek yang juga penjaga gol utama skuad Liga Super Kelantan memperoleh undian sebanyak 57 peratus, jauh meninggalkan Baddrol Bakhtiar (20 peratus) Safee Sali (12 peratus) Nazmi Faiz Mansor (6 peratus) dan Lee Chong Wei (5 peratus).
Keputusan Bintang Sukan Harian Metro
-
Atlet Lelaki Pilihan
- Khairul Fahmi Che Mat (57%)
- Baddrol Bakhtiar (20%)
- Safee Sali (12%)
- Nazmi Faiz Mansor (6%)
- Datuk Lee Chong Wei (5%)
-
Pasukan Malaysia Pilihan
- Kelantan FA (54%)
- Harimau Muda (26%)
- Harimau Malaya (20%)
- Pasangan Renang (1%)
- Beregu Badminton Koo-Tan (0%)
-
Atlet Antarabangsa Pilihan
- Lionel Messi (56%)
- Cristiano Ronaldo (27%)
- David Beckham (8%)
- Lin Dan (6%)
- Rafael Nadal (3%)
-
Pasukan Antarabangsa Pilihan
- Barcelona (31%)
- Manchester United (25%)
- Chelsea (12%)
- Liverpool (9%)
- Real Madrid (9%)
- Manchester City (7%)
Luahan Perasaan