Penyokong desak Che Mat Jusoh letak jawatan


Sekumpulan Penyokong Terengganu mendesak Datuk Che Mat Jusoh letak jawatan

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjadi sasaran penyokong yang kecewa akibat kekalahan 0-2 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC petang semalam.

Penyokong yang berang sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin PBSNT, termasuk jurulatih Penyu Mat Zan Mat Aris.

Sebaik perlawanan berakhir, hampir 300 penyokong fanatik pasukan Terengganu yang tidak berpuas hati dengan prestasi merudum skuad Penyu itu, mula berkumpul di luar stadium dengan mengangkat kain rentang yang meminta pihak pengurusan meletak jawatan selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka tunduk 0-2 di tangan Tampines Rovers dalam saingan kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Penyokong yang berkumpul di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebaik permainan tamat bertindak melepaskan geram kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh sekali gus meminta beliau berundur.

Kekecohan itu timbul setelah anak buah kendalian Mat Zan Mat Aris diaibkan dilaman sendiri hasil dua jaringan ketua pasukan yang juga bekas penyerang kebangsaan Singapura, Aleksandar Duric pada minit ke-37 dan 90 perlawanan petang, semalam.

Seorang penyokong yang kecewa dengan kekalahan itu, Azman Abu, 26 berkata, kemerosotan prestasi Terengganu ketika ini banyak berpunca daripada sistem pengurusan PBSNT yang dilihat tidak profesional.

“Kami adalah penyokong tegar Terengganu dan kami tidak mahu lihat masa depan bola sepak Terengganu musnah begitu sahaja di bawah pentadbiran pemimpin yang kurang profesional,” katanya.

Manakala rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Razlan, 20, pula turut mempersoalkan percaturan permainan yang dipraktikan jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang dilihat kurang sesuai dengan pemain, terutamanya dalam beberapa perlawanan terdahulu.

“Saya lihat pemain seolah-olah sukar untuk bermain dengan corak permainan yang digunakan Mat Zan dan saya rasa perkara ini menjadi salah satu punca Terengganu dibelasah 1-6 kepada Selangor, dan tewas lagi sekali dengan 0-2 kepada Tampines hari ini (semalam),” katanya. — Utusan/Sinar

Related Posts

22 Responses to Penyokong desak Che Mat Jusoh letak jawatan

  1. hello_1malaysia

    i tgk T’gannu ni pasukan bagus…tapi pengalaman x cukup lg…..cuba lagi…..- penyokong dr perak..mesia boleh~

  2. Rasanya penyokong ganu tak perlu gabra sangat.. Player Ganu memang KELETIHAN…

  3. Apa maksud ko pengalaman x cukup.? Pasukan perak terberak ko tu xkemana pun aku tengok, terperap kat bawah liga, ,, sekurang2nye tganu dah masuk afc, jd wakil malaysia, ko ade.? …

    • natang beruk…raja provoke sudah mari….

    • ni aku tau dh perangai typikal org kelantan.. aku pernah tngok member aku buat kerja camni… ingatkan samseng sangat org kelantan ni, rupanya berlindung di sebalik batu.. haktuihhh…:P

      • xgune punye manusia…suke2 mak ko je nak ckp kelantan mcm…dh la perangai cam beruk…nak fitnah org kelantan lak…ko ingt ko tu org perak baguih sgt kat…ko gaduh ngn member ko nak cari pasal ngn semua org kelantan lak…smpai mamat laksa ni cari pasal ngn perak pon ko nak kate org kelantan lg…ak mls ja nk bukak cite pasal keburukan negeri org…sedar2 manusia…

        • mmg la bukan sume org kelantan jahat.. tapi ade yg bengong tahap giler babi, perasan bangsa dia je terpilih atas muka bumi ni.. ptuih prangai cam yahudi.. bila org komplain negeri ko tau plak marah.. nape org ko kutuk2 negeri lain ko x marah lak?

          • Nilah kawan se DAJAL man laksa. Kritikal benar ko punya dengki ye. X payah pakai nama ipoh le. Kami x mudah dilaga-lagakan.

  4. laksa…mung ni dari planet mane? naper nak provoke…kami Ganu x der masalah ngan pykong perak..naper la mung nie…satu mesia..tp sifat mung mcm Natang Berookkkk…dri Indon ke? ARema baru je kaloh ngan Kelantan….jaga mulut mung ahh….kpd sumer fan di sini…Ganu fan x kan mcm ni la..admin boleh wak sesuatu ke?

  5. che mat jusoh kena tuko nama che mat jubo baru dia faham…bo bo lah che mat weh baik mung kelik besut lah kelik kg gong kepas nuh..mu kayo doh…kelik..kelik..kelik..dok faham2 lagi ker…

  6. aku respek kelantan….dah la pergi main kat sarawak lepas tu balik pi indon pulak dan menang…ganu kite pong aku respek jugok…cuma pengurusang keno tengok sikit ismail faruqi tuh..suke sangat main kasar…hari tu dia ketuk kepala pemain lions nasib baik tak kena kad merah…control la sikit mail…mung ado bakat tp emosi kena jage la mail…hidup dang nelang ganu kite!!!!!!

  7. Biasa la der….main bola nak menang sokmo. Kena main sendiri la. Kita tengok secara keseluruhan. Kalu semua game kaloh,, memang patut letak jawatan, utk melompat lebih tinggi kena duduk dulu baru ambik lajak lompat smula. Samala tu, kalu menang manjang kata rasuah pulak. M U pun pernah kalah besar baru ni.tp skrg dah nok jadi juara liga. Real madrid pun ada kaloh walaupun pemain hebat. Utk semua FAN sokongan yang positif diperlukan. Jgn menjatuhkan lg semangat team yg tengoh molek ni. Tak perform sbb injure dan letih. Bagi masa diorang insaalah lepas ni boleh pegi jauh. Beri komen ynag membina, lebih2 lagi masa “down” ni.

  8. apa yang saya nmpak tganu ni psukan bgus…cuma mkin xde ckup player yg bleh main bila2 masa spt 1st eleven..spt jiran nya yg jugk ke AFC(kelantan) team kene manage cm mne nk dptkn plyer yg bleh main bil2 mas dn punyai perfomen yg standing dgn player utama..itu pndapat saya scra ikhlas..

    • itulah wawasan Tan Sri Annuar Musa semasa lead kelantan. beliau pandang jauh…sayang org macam ni tak da dlm FAM.

    • Dengan adanya AFC, sekurang2 nya pasukan negeri boleh terdedah kepada saingan luar. Satu pengalaman yang amat berguna utk meningkatkan keyakinan, kalau tak kena wakil negara dulu baru boleh main dgn pasukan asia lain, kalau kita tengok life atau dia stadium, kebanyakan pasukan di malaysia kekurangan tektikal. Nak main bola kena pakai otak, bukan main tendang je. Team Jepun kecik je orangnya, tp hantaran bola dia kemas dan ada tektik. Kau ada….he…he

  9. kotoh terenganu.. kalah..wakakaa.. tu lah lagak besar jer

  10. teganu…koya lebih. nelangggggg…tahi…

  11. xpe… peteh ganu peteh…

  12. Bila sokernet nak upload video S’gor vs Johor FC mlm tadi ?.. rindu ase game tu.. RG ngamok tu…

  13. Aku rasa korg ni de sakit otk, sb aku xcomment pun korg mengumpat aku,,,, fitnah lbh kejam dr membunuh, tau x, setan

    • skali ko buat tahik kat cni…
      slama2 nye org akan mgumpat ko…
      2 la..mase nak buat tahik xpikir lak…dasar xda otak..hati busuk…puiihhh….

  14. tau x anda bgaimana nk hpuskan man laksa ni.caranya ckup mudah.pd semua rkan2 yg nk hntr komen,sila guna nama man laksa,maka tnggelam lh man laksa yg giler mulut tu.bile semua org nama sama kite pun dh x kenal lg mana satu man laksa sbnar.maka lnyaplh dia dlm bumi sokernet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>