Keputusan Malaysia vs Singapura - Piala AFF Suzuki 2012

Malaysia vs Singapura 0-3 Piala AFF 2012

Keputusan: Malaysia 0 Singapura 3

MALAYSIA memulakan misi mempertahankan Piala AFF Suzuki dengan langkah kiri apabila diaibkan Singapura 0-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Mungkin kekalahan terbit daripada hasil uji kaji Datuk K Rajagobal yang tidak menjadi dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa sebelum ini.

Paling mendukacitakan, barisan pertahanan negara gagal mengekang kemaraan kuda tua Lions, Aleksandar Duric yang meledak gol ketiga Singapura pada minit ke-75 sebaik sahaja dimasukkan beberapa minit sebelum itu.

Terdahulu, ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak meletakkan juara tiga kali itu di hadapan menerusi dua gol pada babak pertama selepas bijak menyempurnakan peluang ketika barisan pertahanan negara ‘terlena’.

Kekalahan anak didik Rajagobal meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga tercorot Kumpulan B [LIHAT CARTA].

Justeru, pemain negara perlu mencatat kemenangan pada dua baki perlawanan seterusnya menentang Laos (Rabu) dan Indonesia (1 Disember) bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir.

Related Posts

One Response to Keputusan Malaysia vs Singapura - Piala AFF Suzuki 2012

  1. hahahahahaahahaha muuauaaaaahahahahahahaha kalah ker…….hahaHAHAHAHAHahahahahahahahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>