Bayaran siaran langsung: FAM akan selesaikan tunggakan musim 2012 dulu
Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengerusi JKPT FAM
Bayaran imbuhan siaran langsung akan dilunaskan dalam masa terdekat.
Itu nada disuarakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung pembayaran kepada pasukan Liga Malaysia yang terbabit dalam penyiaran siaran langsung televisyen.
Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan berkata, beliau sudah mendapat pengesahan daripada pihak sekretariat mengenai pembayaran itu.
Namun menurut Hamidin, FAM hanya akan menyelesaikan bayaran kepada pasukan terlibat bagi musim 2012 sahaja dulu. Bagi musim 2013 bayaran akan dilangsaikan di penghujung musim.
“Saya anggarkan bayaran itu mencecah jutaan ringgit. Namun ingin saya jelaskan bayaran hanya dibuat untuk musim 2012 terlebih dulu manakala bayaran siaran langsung bagi musim ini hanya akan dilakukan apabila tamat saingan,” katanya.
Hamidin berkata, sekretariat FAM kini mengumpulkan maklumat bagi menyelesaikan kemelut bayaran itu secepat mungkin.
FAM sebelum ini mengumumkan imbuhan RM15,000 kepada pasukan tuan rumah dan RM5,000 buat pasukan pelawat setiap kali terbabit dengan siaran langsung.
Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan menuntut FAM memberi penjelasan ekoran Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima bayaran siaran langsung walaupun dimaklumkan mendapat RM15,000 setiap kali menjadi tuan rumah.
June 12, 2013 - 11:30 am
FAM nk cari mangsa utk didenda..get ready sarawak fa,kelantan fa dan jdt fa..byk tunggakan fam nk byr bayaran siaran langsung ni
June 12, 2013 - 1:26 pm
fuhh, kalau TMJ x sebut psl payment ni, rasanya xde org pun tahu yg FAM hutang pasukan negeri….siol aje diorang ni.
June 12, 2013 - 2:12 pm
Tahun 2012 sepaptutnya di bayar selewatnya Disember 2012 atau awal Januari 2013… Saman aje kat mahkamah dan minta “interest’ sekali… gaji Setiausaha Agung dia org bayar lambat ke!!!!! Bodoh.. Kalu tak bolih buat keje resign aje jangan dok makan gaji buta…memalukan kata bekas pegawai tinggi kerajaan dan tentera
June 12, 2013 - 3:16 pm
nanti ada yang cakap : INI DUIT PENAJA JANGAN BISING
June 13, 2013 - 8:56 am
ni mesti ramai yang da makan kenyang2 duit ni..sekarang baru nak pikir camne nk cari balik duit yg mengembungkan perut masing2..
June 13, 2013 - 9:13 am
Fam tidak melepasi KPI.Sila laksanakan tahan gaji atau buabg kakitangan yg bermasalah
June 13, 2013 - 10:19 am
bila bising baru nak bayar……TERUK BETUL DIN….KUASA 2!!!!!
June 14, 2013 - 1:34 pm
Mau cepat itu payment, itu ‘kopi wang’ mau kasi dulu maaa..wa punya ‘komisen’ lambat, lu punya cheque wa pegang duluu maaa…haiyaaaa…ini pun mau kasi tau kaaa….sendri mau ingat loh….
June 15, 2013 - 6:30 pm
Mgkin dan smpai masa FAM perlu rombakan bagi mmberi peluang kpd pengurusan baru. Untuk peminat bolasepak bolehlah mendptkan Jersi Original Pasukan Malaysia dan pasukan Negeri secara online di laman
http://www.digital-nets.info