Jawatankuasa skuad kebangsaan tak pernah mesyuarat?
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa membidas jawatankuasa pasukan kebangsaan yang gagal menyediakan pelan induk lengkap yang menyebabkan ranking skuad negara terus merosot.
Menurutnya, pelan induk perlu dirangka sekurang-kurangnya tiga tahun lebih awal bagi mendapatkan hasil memberangsangkan.
Sekiranya FAM masih mengamalkan cara seperti yang dilakukan sekarang, Annuar berpendapat prestasi pasukan kebangsaan tidak akan berubah.
“Jika hendak maju, kita perlu ada perancangan dan ia perlu dibuat secara bersama bukannya secara individu. Semua pihak juga perlu tahu serta ada hitam putih apakah perancangan yang dibuat.
“Sebagai contoh, Jepun mempunyai pelan iaitu sasaran bagi 50 tahun dan mereka berjaya mencapainya kerana mempunyai perancangan teliti.
“Namun apa yang saya tahu sehingga hari ini jawatankuasa pasukan kebangsaan tidak pernah mengadakan mesyuarat,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Beliau menghadiri program amal Red Warriors dan Jabatan kebajikan Masyarakat bersama Masyarakat di Kampung Pak Rahmat, Mukim Seterpa di sini.
Annuar mengulas pasukan kebangsaan yang hanya mampu seri dalam dua aksi persahabatan menentang Filipina dan Singapura.
Annuar memberitahu, kaedah tersebut juga digunapakai ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sehingga berjaya menjulang Piala Thomas pada 1992.
“Saya dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika itu Tan Sri Elyas Omar membentangkan kertas kerja dikenali sebagai TUO iaitu Thomas, Uber dan Olimpik.
“Kertas kerja tersebut dirangka untuk tempoh tiga tahun dan akhirnya kita berjaya membawa pulang Piala Thomas dan mendapat pingat pertama Olimpik,” ujarnya. — Utusan
June 11, 2012 - 4:32 pm
Memanglah setiap perkara yang dibuat perlu ada perancangan yg betul…..barulah visi n misi tercapai!!!! Kalau FAM dok ‘tunggu’ je tanpa hala tuju, harapkan nasib menyebelahi saje….tak kemana la bolasepak negara. Sampaikan ranking jatuhpn masih buat ‘dek’. Bila FAM nk sdr dr tdur ni?????
June 13, 2012 - 10:08 am
Anuar2,dah kena hentam baru beriya nak kritik..zaman tak kena ape2 dulu takde pulak dengar buat ape2 pelan, semua menjunjung kasih kat tuan FAM iye..
June 13, 2012 - 5:30 pm
dh kene hentam kaw2,so no point la diam….kalau tsungkur,sungkur sama2….sekian saya melaporkan
June 15, 2012 - 9:34 am
kalau anuar kritik dulu dah lama dia kena gantung bro. klau kena gantung Red Warrior tak ada la now. Sebab Red Warrior ada makan FAM rasa dengki sebab itu bawa masuk Lions XII. Lions XII kan Singapore juga?????
June 13, 2012 - 10:47 am
TSAM dh bnyk x usul shingga FAM mrh sblum ni (scra trtutup). Bukannya sekarang je. Kita tau skarang je sbb bnyak bnda dah terbongkar. FAM ni x boleh org tnjuk pandai, apath lg nk mngajar.Inilah kebangangan FAM…..
June 13, 2012 - 5:29 pm
ptutla friendly international match selalu last2 minit.tgk singapork,awal2 dh arrange ngan sapa nak main.
ni x abis2 main ngan Bangla,sri lanka,maldives…cam syial! pastu main ngan Sabah,Felda United la,Perak Jenderatta la,Kelab Kilat la…waklu la!!!!
June 13, 2012 - 5:43 pm
aii..sentap pulak mak jermah…! ~ Haha..