Persiapan pemain Malaysia yang berdepan Singapura di Jalan Besar 8 Jun 2012
Singapura vs Malaysia
Stadium Jalan Besar
8 Jun 2012
“INI bukan cakap kosong, saya dan rakan sepasukan berjanji akan mendapatkan keputusan positif menentang Singapura.”
Demikian kata-kata semangat yang diluahkan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim menjelang aksi persahabatan antarabangsa dengan Singapura di Stadium Jalan Besar, Jumaat ini (8 Jun).
Selepas aksi kurang memberangsangkan ketika seri tanpa jaringan dengan Filipina di Stadium Shah Alam Jumaat lalu, pemain tengah itu yakin mereka akan mempamerkan kemampuan sebenar sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF biarpun sedar Singapura bukan pasukan yang boleh diperlekehkan.
“Setiap perlawanan adalah pengalaman baru buat kami. Memang ketika menentang Filipina kami banyak mensia-siakan peluang tapi perlawanan itu akan mematangkan permainan kami.
“Kami sudah membuat persediaan terbaik untuk menentang Singapura, jadi saya harap kami akan mendapat keputusan baik, tidak kira perlawanan di gelanggang lawan dan di tempat sendiri,” katanya yang ditemui selepas tamat sesi latihan skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Skuad kebangsaan yang akan berlepas ke Singapura esok sekali lagi bertandang ke Stadium Jalan Besar yang memberikan kenangan pahit apabila anak buah Datuk K Rajagobal tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.
Malah skuad Singa itu dianggap kebal di gelanggang sendiri apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Malaysia sejak 2006 dalam tiga pertemuan dengan mencatat dua kemenangan dan satu seri.
Daripada lapan pertembungan kedua-dua musuh tradisi itu sejak 2006, Malaysia hanya menang sekali pada separuh akhir Piala Merdeka 2007 (3-1) manakala selebihnya seri lima kali dan kalah dua kali.
Bagi Safiq, 24, yang beraksi dengan pasukan Liga Super Selangor, pertemuan dengan Singapura amat penting buatnya untuk menebus kehampaan apabila dilayangkan kad merah ketika skuad kebangsaan tumpas kepada musuh tradisi itu tahun lalu di padang rumput tiruan, Stadium Jalan Besar.
“Saya dibuang padang pada separuh masa kedua, memang kecewa dan berharap perkara itu yang terakhir terjadi buat saya. Bagi saya setiap pasukan ada kelemahan dan kelebihan, kalau kita pandai gunakan kelebihan, kita boleh meraih kemenangan,” katanya.
Selepas aksi di Singapura, skuad kebangsaan akan melayan kunjungan skuad kendalian Radojko Avramovic di Stadium Shah Alam pada 12 Jun ini. — Metro
Related posts
- Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia
- Tiada tambahan pemain hadapi Singapura
- Aidil mohon maaf, akui kesilapan
- Keputusan Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki 2012
- Siaran Langsung bola sepak Sukan SEA 2011 di RTM, TV3, Astro Arena
- Malaysia masih di landasan tepat ke separuh akhir - Subahan
- Pereka grafik saman FAM
- Enam minit membawa padah
- Video Frenz Malaysia A 5-1 Frenz Indonesia [Piala Asean 2013 U-15]
- Jawatankuasa skuad kebangsaan tak pernah mesyuarat?
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya, Malaysia, Malaysia lawan Singapura, Malaysia vs Singapura, Perlawanan Persahabatan, Persahabatan
Harap kali ni pasukan Malaysia dapat menunjukkan prestasi yang membransangkan. Nampaknya coach Datuk RG perlu mencari gandingan terbaik bukan shj barisan serangan malahan jentera tengah dan back 4…..
buatlah apa yang patot safiiiq.kawe x minat mano doh dengan harimau melaya ni.
ada harapan untuk kalah ,lepas ni apa pulak alasan rajagopal
assalamualaikum…
walauapapun.., sejak saya menglibatkan diri dalam sukan bola sepak iaitu pada tahun 1997 hingga kini saya tetap menyokong pasukan bola sepak Malaysia, tidak kira siapa yang menjadi ketua jurulatih atau siapa presidennya… saya sentiasa doakan agar mereka sentiasa dapat melakukan yang terbaik pada setiap perlawanan yang dihadapi mereka… SOKONG TETAP SOKONG!!! Wakil “Harimau Malaya”, buatlah yang terbaik… Bagi yang beragama Islam, jagalah waktu solat dan amal ibadah yang lain… insya Allah segalanya akan mendapat keberkatan…
kalau solat jer,tp aurat x jage camne?
nih yang mak jermah heran
malaysia tak ke maju kalu harap pemain same, sedangke dale liga pasukan diwakili tak ke mana. rajagobal tadak idea dah. dok puah hati sokmo.
harapkan style rambut jer lah ko Safiiiq, permainan tenggelam terus!! ntah apa ilmu ko pakai, game tak perform pun kekal jadi kapten Harimau Malaya
ilmu hisab adala…dio pakai kabel besar beb…atau dio pakai kuota la…kalu pakai merit dh xlayak ni
lions 3 - 0 harimau malaya
Bro, ramalan kah atau harapan ni bro? Pada saya, tetap menaruh kepercayaan bhw pemain negara dapat menewaskn Singapura 2 -1…
jangan nak cakap safiq rahim pakai ilmu hitam bodoh