Liga Super: Terengganu tak boleh turunkan pemain import?

Surat Pekeliling FAM berhubung status pemain import

Kekeliruan dari Surat Kekeliling FAM

KONTROVERSI baharu menyelubungi kem pasukan Terengganu.

Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu.

Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012.

Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.

Percaya dengan isi kandungan surat berkenaan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kemudian telah mendapatkan dua khidmat pemain import baharu iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.

Namun, kekeliruan mula timbul apabila Azzuddin mengesahkan yang dua pemain asing itu sebenarnya tidak layak untuk beraksi dalam Liga M sebaliknya hanya boleh diturunkan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Andai kenyataan Azzuddin itu benar, maka Terengganu yang juga juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu bakal beraksi dalam kempen Liga M musim ini tanpa seorang pun pemain import.

Situasi itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kelab-kelab penyokong bola sepak Terengganu yang menganggap FAM sebagai tidak profesional dalam melaksanakan dasarnya.

Presiden Kelab Penyokong Terengganu FC, Hazrul Hanafi berkata, apa yang dialami Terengganu kini adalah sesuatu yang sukar apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain import dalam Liga M.

“Saya sendiri tidak tahu siapa yang bersalah dalam isu ini kerana PBSNT mendapatkan khidmat Doe dan Carnietto selepas merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM.

“Dalam surat itu cukup jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftarkan pemain asing bagi kempen Liga M,” jelasnya.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah pula mahu FAM bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah persatuan besar di negara ini, FAM sebenarnya sudah sedia maklum dengan setiap surat pekeliling yang dikeluarkan kepada persatuan negeri.

Dalam surat itu langsung tidak menyatakan ia adalah untuk pendaftaran pemain asing bagi perlawanan Piala AFC, sebaliknya jelas tertulis untuk Liga M 2012,” ujarnya. — Kosmo

Related Posts

5 Responses to Liga Super: Terengganu tak boleh turunkan pemain import?

  1. Natang FAM bodoh dok makang telo….
    Tulis surat kot bahasa melayu.. Tapi natang hok saing surat bodo dok reti bahasa melayu… bahasa Inggeris
    lagi lah bodo..
    Surat kata liga M je… liga Super dengan AFC tak bagitau…
    base bodo dok makang telo…

  2. sah fam silap
    gaji player dah sign sapa nak bayar

  3. BAKPE TRG X BOLEH TURUNKAN PEMAIN IMPORT..GILER

  4. fam giler…nakot ngat…pemain import trg sdp ekpon..ker nk suh trg kaloh

  5. kalau gitu azudin letak jawatan lah…tak profesional memalukan bolasepak Malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>