Malaysia garang amuk Filipina 7-0
Kelayakan Piala AFC 2013 B-22
MALAYSIA ‘Harimau Muda’ mencatat kemenangan pertama Kelayakan Piala Asia B22 menewaskan Filipina 7-0 dalam perlawanan kedua kumpulan G di Stadium Aung San, Myanmar petang tadi.
Gol Malaysia yang dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman (m-3, 35, 62, 74), Fandi Othman (33), Wan Zaharulnizam (40) dan D Saarvindran (92) melengkapkan pesta gol skuad kendalian Ong Kim Swee.
Harimau Muda yang sebelum ini tewas 2-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama Sabtu lalu, bermula garang, dengan jaringan seawal minit ke-3 sebelum menambah tiga lagi jaringan pada babak pertama.
Filipina terus dirundung malang apabila Rozaimi sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada babak kedua minit 62 dan 74 sebelum D Saarvindran melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia pada minit 92.
Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam carta kumpulan kelayakan kumpulan G selepas dua perlawanan dengan mengutip tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kalah.
Bagaimanapun kedudukan itu mungkin berubah apabila tuan rumah, Myanmar turun beraksi menentang Vietnam malam ini. — Sinar Harian
June 25, 2012 - 8:37 pm
boleh pergi jauh ni..pasni kalahkan taiwan plak..
June 26, 2012 - 11:35 am
teruskan usaha dan prestasi sebegini.perjalanan masih jauh,kita perlu menjadi pasukan kedua selepas Korea untuk qualify.masih ada Taiwan(Chinese Taipei),Myanmar,Vietnam.Hanya kemenangan menjadi penentu dari mengharapkan keputusan dari pasukan lain….Myanmar nampak seperti seteru utama selepas membenam Vietnam.
June 26, 2012 - 2:33 pm
diramalkan kita akan di tempat ke 3, biasalah malaysia mcm hoki kelayakan olompik pun no 3… rugi. lepas tu kalau raja gopal dia kata tak pa, oks mungkin tak beralasan sgt
June 26, 2012 - 2:46 pm
ada orang kata ini team harimau muda ong kim swee TIDAK SAMA mentaliti, game plan dan taktikal dengan team harimau malaya k. rajagobal. aku rasa aku setuju sangat-sangat. ini team bukan team yang memberi alasan sekolah menengah apabila tidak mencapai sasaran. ini team yang pernah mengalahkan myanmar (yang akan kita hadapi nanti) dengan jaringan besar tidak lama dahulu dan juga mendiamkan vietnam di buminya sendiri tahun lepas. jadi siapa yang pesimistik kata malaysia akan dapat nombor tiga tu, aku tak setuju la