Apa sudah jadi Rajagobal?

Malaysia vs Singapura 0-3 Piala AFF 2012

SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali ‘berpijak di bumi nyata’ andai mahu kekal bergelar juara kali ini.

Apa yang pasti, alasan Rajagobal yang kononnya sekadar tampil dengan skuad ‘eksperimen’ ketika melakar beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam siri persahabatan sebelum ini benar-benar terjawab malam tadi apabila anak-anak buahnya masih ‘kekeringan idea’ memburu jaringan.

Lebih mengecewakan, ribuan penyokong di stadium dilihat menjerit melaungkan ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ sebaik perlawanan berakhir sebagai tanda protes terhadap persembahan hambar skuad negara malam tadi.

Biarpun tidak seteruk seperti mana dibelasah 1-5 Indonesia dalam edisi dua tahun lalu, apa lagi alasan yang cuba diterjemahkan Rajagobal kali ini memandangkan Harimau Malaya sepatutnya tampil memelihara maruah selaku tuan rumah edisi kali ini.

Harimau Malaya terlebih dahulu bermula garang seawal minit ketujuh namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Singapura berjaya ditepis penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud.

Sorakan lebih 50,000 penyokong Harimau Malaya sekali lagi bergema pada minit ke-19 namun rembatan Norshahrul sekadar melambung tinggi sebelum Mohamad Izwan sekali lagi berjaya menangkap kemas sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim empat minit kemudian.

Di sinilah ‘malapetaka’ Harimau Malaya bermula. Keghairahan tuan rumah memburu gol awal akhirnya dihukum Shahril yang tenang menyempurnakan hantaran jauh Shaiful Esah Nain pada minit ke-32 untuk gol pembukaan Singapura.

Shahril sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ Malaysia apabila menggandakan kelebihan Singapura lima minit kemudian.

Gol itu berpunca daripada kesilapan bakal ‘Raja Sehari’, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menumbuk kemas sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum percubaan Mohd. Fadhli Shas mengeluarkan bola daripada atas garisan gol juga tidak menjadi apabila pantas disambar Shahril untuk gol kedua Sang Singa.

Biarpun kemasukan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sebaik babak kedua bersambung dilihat menyuntik corak serangan Harimau Malaya, ketumpulan jentera penyudah negara masih mengundang amarah ribuan penyokong di stadium dan juga di rumah apabila berkali-kali mensia-siakan peluang keemasan bagi merapatkan kedudukan.

Peluang terbaik Malaysia memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-69 namun Safee Sali gagal menyambut hantaran Wan Zack biarpun Izwan sudah tertewas.

Percaturan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memasukkan Duric selaku pemain gantian juga menjadi apabila kuda tua itu tenang menanduk masuk gol ketiga lawan pada minit ke-75 hasil kelam-kabut di depan pintu gol negara sekali gus melengkapkan mimpi ngeri Harimau Malaya.

Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos, Rabu ini jika tidak mahu ‘berputih mata’ ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.

Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B petang semalam.

Gol-gol Laos dalam perlawanan itu diledak menerusi sepakan penalti Khampheng Sayavutthi pada minit ke-26 dan Keoviengpheth Lithideth (79) sementara Raphael Guillerm Maitimo dan Vendry Ronaldo Mofu pula masing-masing mencetak satu gol buat Indonesia pada minit ke-42 dan 89.

Kedua-dua pasukan juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam melayangkan kad merah kepada penjaga gol Garuda, Endra Prasetya dan juga pemain Laos, Sopha Saysana pada pertengahan babak pertama gara-gara kekasaran melampau terhadap pemain lawan. — Kosmo

Related Posts

62 Responses to Apa sudah jadi Rajagobal?

  1. xtau nk kata apa dh,ko dh sakitkn ati 50k pminat HM kt stdium,trmsuk 10juta++ yg tgk kt tv..RAJAGOBAL, APA YANG ENGKAU BUAT???

  2. raja gopal raja belit

    Tenguk gaya main Malaysia sejak menang AFF dulu dah tahu. Raja Gopal ini Raja Belit.

    Malaysia menang dulu sebab Safee top form. Dapat bola je score.

    Masih ingat Malaysia bagi masuk gol tak henti-henti.

    Sampai hari ni lawan Singapura pun sama.

    Defender terkangkang.

    Defender tak tahu main off side sampai mat salleh tua 50 tahun pun boleh score! Malu betul orang Melayu main lawan mat salleh tua singapura pun boleh kalah.

    Masa mat salleh tua tu heading langsung tak ada defender! Gila apa.

    Tahap budak sekolah defend Malaysia ni dari dulu 6-0.
    5-0.

    Pemain tak fit sebab tu tak boleh turun naik. Main macam orang tua. Tgk Laos dan Indon dan Vietnam , lari tak berhenti.

    Orang nak tournament makin kuat training ini pergi pangkor berehat!

    Selagi kaki bangku yang menguruskan FAM memang muka-muka tak tahu malu.

    Satu MAlaysia sumpah Raja Gopal dan FAM.

    • Selagi ada Amar Rohidan dan Safiq Rahim serta coach Rajagopal Malaysia tak ke mana. Main tah apa-apa. Kapten paling lembik dalam sejarah bolasepak Malaysia.Tak tengok pun rasa tak rugi. Rajagopal perlu bertanggungjawab untuk resign jelah. Mohon maaf

  3. Buang lah Safee Sali tu.. Sejak main di Liga Indonesia ..prestasi teruk sangat…baik Bagi ke Rozaimi, kreatif.

    Safiq Rahim tu apa yg bisanya.. Setakat free kick je…Atur game pun hancur..
    Mu mmg tak pandai Pilih pemain lah Rajahobal..Ramai lag pemain tengah yg bagus Dan power…

  4. aku sayang bolasepak Malaysia

    takde kemajuan.. midfield paling hancur, takde gerakan/hantara baik untuk penyerang, safee dan norshahrul kena banyak turun bawah ambik bola. Safiq? takleh pakai, kreativiti takde (silap besar Johor sign player camni), Amar Rohidan? banyak jalan dari lari (takde function), senang crita tak boleh compete langsung dengan Haris Harun & Mustafiq kat tengah padang. Mintak FAM tukar nama gelaran, jangan guna nama Harimau, guna la Burung Kelicap ke, burung Tiong ke, baru la tak malu kalah. Lagi satu, jersi Home Malaysia kuning ke biru?? nampak pelik team pakai jersi biru lawan jersi merah, penonton kat stadium pakai kuning…

    • tu namenye rajagopal karut,,pecaye feng shui hindu die,,die bwk ke harimau malaya..jersi keramat die jadi biru pulak…bajet boleh menang//////oks rilek jer pkai jersi belang

  5. Pingback: » Rajagobal salahkan Khairul Fahmi | Sokernet

    • Khairul memang buat silap, tetapi keseluruhan team bermain dgn teruk sekali. Bukan setkat game semalam sahaja, game2 sebelum inipun dah memang teruk. Siapakah yang melatih mereka? Rajagobal kan? Siapa yg mengurus mereka? FAM kan? Habis tu? Sendiri mau taulah

    • Malas nak kata apa yg pandai raja gopal aje. Semasa dia jadi jlatih liga oun tak pernah menang. Kalah main tak ape tapi main macam budak sekolah baru nak kenal bola. Bunyi player berbakat taoi pilih yg tidak berbakat. Sepattut pilih rangking liga super saja. Msia lemah bek kanan dan kiri tak kreatif dan menarik. Patut campur kel dgn atm dan selangor aje. yang lembek dan kecil tak perlu ambilmacam buyamin dan ramai lagi. Ada mata fikirlah jangan cakap saya kenal pemain saya dan lawan.

  6. Man on the Street

    Telah ramai yg memberikan pandangan dan nasihat sebelum ini termasuk Tan Sri Anuara Musa, Timb. Presiden sendiri, Rajagobal dan FAM sentiasa defensive dlm memberi reaksi. Ingat lagi style Rajagobal yg sentiasa mengatakan, “I know what I’m doing..”; “saya kenal pemain saya..”;”perlawanan persahabatan tak penting…”;”ranking tak penting…”, sekarang lihat apa jadi? Dengan team yg ada ni, jangan haraplah nak menang tournament ni, nak jaring golpun x tahu, pemain x ada idea kretaif langsung, x ada skill. Safee dah hilang form, Khairul Fahmi dah hilang form, Khyril Muhaimin, Amar Rohidan, Azmi Muslim, Bunyamin, Fakri Sharani x sepatutnya berada dalam team ini. Rajagobal dilihat menggeleng2 kepala tanda tak tahu apa nak buat. Bingung! Buat sekelian kalinya, separuh daripada usia saya dan hampir keseluruhan usia penyokong2 HM di Stadium dipenuhi dengan rasa kecewa dengan tahap prestasi pasukan bolasepak kebangsaan yg x seperti negara lain. Common sense akan mengatakan kenapa Rajagobal tidak berhenti2 bereksperimen sehingga 70 orang pemain dipanggil tetapi akhirnya menyenaraikan badut2 yang tetap sama yg telah terbukti tidak boleh menyumbang apa2 sebelum ini. Man on the street pun boleh nampak 3/4 daripada pemain yg ada tidak layak berada dlm pasukan kebangsaan. Kemungkinannnya ada dua - samada coach dan pengurusan FAM BUTA atau BANGANG. Atau ada unsur2 nepotism dlm pemilihan pemain? Walau apapun, Rajagobal dan keseluruhan pengurusan FAM terutamanya Setiausaha FAM dan Presiden FAM harus bertanggung jawab dan meminta maaf kepada 28 juta rakyat negara ini kerana kegagalan pasukan bolasepak kebangsaan buat sekelian kalinya sebelum menyerahkan surat perletakan jawatan secara sukarela. Itupun kalau mereka masih ada maruah diri

  7. venice elphi yg linchah tu kau xnk amik….bodoh punya keling rajagopal

  8. Haragahahha Ranking tak penting Hargahahhahahhaa
    Hargahahhahaha Saya kenal Pemain saya hargahahhahah
    hehehhehehe Jurulatih mana lagi lebih berjaya dari saya haragaggaghha
    hargahahhaaa Saya kenal pemain singapura harghahahhaa

    Bola Malaysia naik dulu pasal TSAM yang pegang kuasa bukan nya badut2 yang macam sekarang pegang

  9. FAM minta peminat dan penyokong Harimau Malaya memberi sokongan penoh dan bersemangat dengan datang memenuhi stadium …..sekarang peminat dan penyokong pula nak minta FAM buang dan pecat Rajagopal dan pengurus dengan serta merta….boleh faham tak?

  10. Gol Duric tu menampakkan mcmna lemahnya marking defender malaysia, asyik jaga bola tp org x jaga. bola tu x gerak kot klu xde org yg sepak, tp player kita ni tekun menjaga pergerakan bola tu. Aku rasa OKS lebih layak handle team.

  11. Brazil pecat jurulatih apabila kalah ttp kita tambah gaji bila team kita kalah, sakit hati………betul aku

  12. Bangla pun Bangla lah

    Rasanya walau sapa-sapa pun player dalam Malaysia yg main malam tadi, Malaysia susah juga nak menang kalau taktikal tu lah yang digunapakai…Thailand,Vietnam, Singapore hatta Filipina, Myammar,Laos semua merancang guna midfielder dan bukan defender..Setakat 1st game, memang taktikal Malaysialah yang paling BURUK sekali..harap next game Rajagopal tukar taktikalnya..Masalahnya ada ke taktikal lain??

  13. ketiadaan subramaniam menyebabkan kucar kacir di bahagian pertahanan…

  14. TERBAIK lah RAJAGOPAL… sebab kalah malam tadi akan membuatkan MISI untuk RANGKING ke 200 dunia kita AKAN TERCAPAI……

  15. HA3…Malaysia akan guna kan senjata rahsia..bila bertemu Laos….Kita akan pakai tiga stricker…Safee, Mat Yo dan Ronaldo Gopal (RG). barulah kita boleh main dgn baik..kerana RG bukan duduk kat luar padang, dia ada didalam pdg bersama pemain…barulah pemain2 akan lebih bersemangat dan dengar kata…..Bagilah Team State (kelantan) yg juara piala Malaysia wakil negara…..mesti singapore hempas pulas nak main…Singapore tu kecik je beb…plyer diorg tu je..main kelab, main liga M org yg serupa je…bknnya ada plyer yg pemain Mlysia xpernah jumpa…pasukan state or kelab pon boleh menang lawan singapore…ni pasukan negara satu malaysia plyer dipilih yg terbaik xleh makan singapore…mesti ada yg xkena nie…RG and the geng salah bagi ilmu kot….salah guna taktikal kot…xpe kita tgk Mlysia Lwn Loas….kalau kena titik gak ngan Loas..confirm lh plyer kita xfaham ckp RG…lain disuruh lain dibuat…So tukar je coach….

  16. APA SUDAH JADI KRG!!!!saya kenal player saya???ha kenal sngt la….mana senjata rahsia???dlm seluar ka???bodoh…tu la…buat eksperimen konon…bila kalah time friendly leh ckp ni player tuk eksperimen je…yang bangang sngt knape???kalau nak buat eksperimen pun…xpayah la buat friendly match dgn negara lain…buat jatuh ranking jo…buat la MALAYSIA SENIOR vs MALAYSIA JUNIOR….ha boleh tgk sapa hebat….ni x…sesuka hati je tukar semua player….lawan bangla pon xlepas…ape lagi team yang rangking lagi jauh dari kita???ntah la…bila la agaknya BOLA MALAYSIA ni nak maju???selagi ada kuasa2 politik,pentingkan diri,pegawai2 FAM yg kaki bangku,FAM yang ntah ape2…mmg xkan maju la…bubarkan je la smua ahli2 FAM tu…tukar…ambik la player2 lagend MALAYSIA dlu jadi pihak pengurusan…yang tahu selok belok…ni x…campur politik dalam sukan negara…mmg hancur la…yang pegang jawatan hanya tahu DIUT je…pasal hal pemain…hampeh…aku tgk HARIMAU MUDA main lagi cantik la….Safiq Rahim bknnye seorang midfielder yang kreatif pon…harapkan freekick je…tu sbb selangor lepaskan je die….sbb x bagus pon…vision kurang…hei…boleh hilang semangat kat HM ni…tolong la…ubah demi peminat HM semua!!!!!!!

  17. Awal awal lagi dah kalah

  18. Apo bagus nya sapik amik free kicker.3-4 kali amik pun x gol, Kalau Piya sekali shot jer dah gol.Tapi apo bley buat KRG lebih pentingkan kroni dari yang berbakat

    • bini aku pun persan yang si safiq ni tau ambik free kick , corner, dll je padahal zero tentang bola,,hahaha.. seems safiq should give the armband away..

  19. RG ni mmg tak pandai taktikal sgt aku tgk. modern football skrg mana ada org pakai taktik 4-4-2 dah. Cuba tgk national team yg kuat2 mcm spain, portugal, itali, argentina, brazil. Atau cuba tgk club teams mcm barca, RM, Juve, MU, Chelsea. Ada diorg pakai 4-4-2 lagi???

    dari dulu lagi duk pakai 4-4-2 pahtu lunch longball…smbil2 harap bek lawan buat mistake pastu harapkan safee score. bial dah takde idea harapkan mat yo gentel 4-5 org ….mampus la nak main camtu. bila desperate cari freekick suh safiq score…cam power gile freekick dia??

    skrg org pakai 4-2-3-1 atau 4-3-3 yg boleh convert jadi 4-5-1 supaya centre mid tu tak kosong. Even team technically gifted mcm brazil, spain, germany pun pakai 2 org holding midfielder yg stay kat tgh n dictate tempo permainan. Tugas diorang simple je rampas bola dan jgn bagi hilang posession.

    Ni tak……RG duk sibuk guna safiq n amar dari dulu lg…..game smlm mana maunye diorg melawan dgn mustafic n haris yg lebih besar dari segi fizikal. plus factor utk singapore…sharil ishak tu mcm free role jek…bkn striker. So haris n mustafic boleh stay kat tgh tu…control game.

    harapan aku utk next game ..RG tolong ubah taktikal to 4-2-3-1. Kasi drop je safee sali. Dia pun dah x form. Masukkan sorg lg midfielder …baddrol or gary robbat utk cover mid yg lompong dan melopong tu. mungkin gary n shakir boleh jadi holding mid. Badrol attacking mid. safiq tunggu dpt freekick baru panggil masuk.

    mat yo kasi main top. flanker kunalan n wan zack. diorang kena byk masuk dlm…n try shoot. khyril mhymeen tu hantar balik kg terus…takde function langsung….sama dgn bunyamin. bek kanan kasi mahali. bek kiri kasi zubir. baru overlapp sket. bila main 2 holding mid ni tak berisiko sgt utk fulback naik overlap.

    RG ko dgr tak ni????
    main cam hrm mlm tadi…esp 1st half. taktikal hancur. takde passing langsung. penat aku gi stadium.
    pastu ko nak salahkan player. letak jwtan la kalu berani.

    • kunanlan just can have headless chicken running, seems he cannot make any shooting on goal. malaysia lost midfield area cause 3 combative midfield lion player vs 2 poor midfield. wondering matyo can be central forward who can hold the ball and linking up with midfield. left back and right back should learn when can make overlapping and staying back. RG wants to play 4-4-1-1, matyo as number 10 position and safee as out and out striker.

      • Betul…mat yo mungkin kurang sesuai as top striker but itu aje choice yg ada. takkan nak masukkan fakri kot….Otherwise mat yo main tepi. kunalan bench. safee jadi top striker. kunalan ni plus factor dia rajin tolong defend….safee malas tapi shooting mantap…cuma skrg takde form

        apa2 pun aku yakin RG akan maintain taktik sama 4-4-2 long ball vs laos nanti.. huahuahua

    • lu memang terbaik bro..

    • Mula-mula baca memang ok idea ko. Tapi bila ko sebut je Gary Robbat tu nampak mcm ko tak tenguk Gary Robat main masa eksperimen Raja Gopal.

      Dia ni semangat kaum tebal. Sebab di warwar oleh orang India, mereka cuba masukan Gary Robat tu yang dia cuba semua kalah.

      Penulis sukan NST dan STAR jeles tgk semua Melayu mereka cuba war warkan Robat dan Subramaniam.

      Semua tak leh pakai kalah dalam eksperimen tu yang balik pakai Melayu lama.

      Tapi dah tak ada praktis mcm mana team 2 tahun dulu nak main semula?

      Gary Robat duduk pass dekat2 je. Dulu Malaysia menang ada seorang tu yang tepat passing kat Safee Sali. Tak ingat nama dia. Sekarang tak ada yang tukang pass, mcam mana Safee nak score. Tgk dia pula jadi midfield..gila2. Kita mesti ingat skg game laju. Striker ada satu sentuhan je lepas tu kena shoot. Tapi Singapore otak bijak dari Gopal. Defender semua tinggi. Mana Safee nak lawan lompat. Coach otak ngok basic mcm ni pun tak boleh fikir.

      Esperimen ni sebab Raja Gopal nak cuba pemain kaum dialah.

      Kunalan tu jelah contohnya. Harapkan laju tapi tak pernah score. Decision making dia teruk. Boleh pass, dia shoot. Bila shoot dia shoot keluar.

      • bro..aku citer pasal pemain yg ada dlm skuad je. Selain gary robbat sape lg defensive mid yg dah ada dlm skuad? Amar & shakir shaari. so antara 3 org tu aku rasa shakir n robbat lebih baik.

        kunalan pun sama…..score rate dia mmg kureng tapi selain dia sape lg winger yg ada dlm skuad? wan zack, khyril & alex. bg aku khyril mmg out tak boleh pakai langsung…..sejak dr dulu lagi..ntah mcm mana tiap kali tournament boleh call up mamat ni. Alex pulak bkn pure winger….dia ni asal2 striker masa main pahang. kalau nak main position mat yo atau attacking mid boleh la kot. So yg terbaik yg tinggal wan zack & kunalan je lah.

        Kalo nak citer yg gopal tak panggil dlm skuad kali ni…..rasanya ramai lg yg boleh isi slot depa ni aku rasa. cth ashaari & farhan boleh main flanker….plus factor..diorang ni boleh score gol. Piya pulak lg bagus dr mana2 centre mid yg ada dlm skuad skrg. Nazmi apesal gopal tak panggil?? kalo nak citer part ni tak abis bro…

        sbg coach gopal kena pandai manage segala resource yg ada dlm skuad skrg ni (dia sendiri gak yg pilih). no choice. perubahan mesti dibuat utk next 2 games. kalo tak memang cari pasal la gopal & fam ni….

  20. sebenarnya rajagopal sudah menopous…….

  21. Kalau tengok Laos ngan Indonesia main, rasanya bungkus HM lepas ni. Aku ramal kena 9 gol, jaring 2 gol, tiga kali kalah, mata 0, last dlm group. Juara bertahan - lebih kurang prestasi skuad hoki remaja dalam Piala Sultan Johor baru2 ni, juara bertahan tahun lepas, tercorot tahun ni. Apa lagi harapan yang ndak disandarkan kpd skuad bolasepak Malaysia nie, negara lain semakin maju, skuad kita dok tang tu sampai bila2. Last sekali yg buat aku rasaa banggga dgn skuad boalsepak Malaysia ni tahun 1980 dulu, bila mana Malaysia kalahkan Korea Selatan dengan jaringan 2-1 hasil jaringan kemenangan James Wong dari umpanan Hassan Sani. Dah 32 tahun dah yeop, lama sangat dah, sampai dah tua aku nie, tiada kemajuan langsung. Apa la nak jadi dengan dgn FAM nie, disgraceful….

  22. Tu lah Gobal, masa Tan Sri Anuar Musa ‘beri nasihat’, engko tak ndak dengar, menyorok belakang pegawai2 FAM. Bila peminat & suratkhabar beri komen, engko dengan penuh gaya dan lagak, kata kerja engko, engko tahulah, kononnya orang lain x payah menyibuk. Sekarang, apa lagi mau cakap? Salahkan pemain pulak, bukan ke engko yang pilih, engko yang latih. Persembahan HM memalukan negara dan rakyat negera ini. Kalah buat kali ke 11 dlm 12 pertemuan terakhir dgn Singapura. Ptui!

  23. ayooooo ammaaaaaa aaaapaaaaa 1 untuk presiden fam 1 untuk tim/presiden 1 untuk KING BANGANG n SEKUTUnye…Hakkkkkktuihhhhhhhhhhhh

  24. 1 untuk presiden fam 1 untuk tim/presiden 1 untuk KING BANGANG n SEKUTUnye…Hakkkkkktuihhhhhhhhhhhh

  25. singa lwn rimau klh la rimau.
    rajagobal kenal pemain mesia tp di x kenal pemain luar tu yg masalah

  26. Rajagopal : kau orang nak cakap ker, nak maki hamun ker, nak mencarut ker, apa aku nak kisah….aku ada tali hayat dari ayah, abang adik aku kat FAM.

  27. Alloooo Rajagopal….bangunla dari tido,aku dok rasa masih todo lagi ni……ko dok ingat main persahabatan lagi ka?Sebenarnya bolasepak malaysia memang tak boleh ditegur….klu dtegur mau kena HUKUM GANTUNG plak lepas ni…Tan Sri Anuar Musa tegur tuk kebaikan bola sepak malaysia bukan tuk individu,,,,,,ini lah kalau sukan dipolitikkan …So apa yang FAM boleh buat …takkn nk tengok aja …atau sume Dalam FAM tu letak jawatan

  28. Pernah Sokong Malaysia Team

    Tahniah Liga bolsepak Malaysia kerana menghasilkan player Singgggggggggggggggggggapore yang berkualiti

  29. Tumbangkan Bn dan UMNo..Datu Subahan tula yang rompak tanah di Selangor..

  30. Dulu..
    Saya kenal bau kentut setiap pemain saya…
    Saya kenal bau ketiak setiap pemain saya…

    Sekarang..
    Tak sangka plak kentut apek busuk giler…

    • Bengong punya RG kritik player sendiri secara public kat dlm paper. Kalo nak sound player dlm changing room atau kat training je. Ni menjatuhkan confidence player ..and maybe boleh bunuh karier player tu terus. Tak pro punya coach

      • hanya presiden FAM sahaja yg boleh KRITIK harimau malaya.. rajaBEBAL patut dikenakan tindakan tatatertib. FAM..buka la mata & minda anda. FAM la persatuan bolasepak yang paling teruk di bumi ni. Kalau bagi messi jd player gobal ni pun hancur rasanya prestasi messi.

  31. ada yang tak kena dengan penyenaraian pemain. player yg layak x terpilih. hairan bin ajaib.

  32. patutnya pemain dari juara liga super dan juara piala malaysia paling kurang 50% dr skuad harimau malaya, barula Harimau mengaum … ini 3 org je itupun sorang dah nak cau…

  33. Penyokong Bola Sepak Malaysia

    hoi RG atm vs lion atm menang and kelantan vs lion (3-0)
    HM vs Singapore (0-3) apa dah jadi RG.

  34. Akhirnya mr rajapol berjaya dlm experiment dia dgn menunjukkan kpi peningkatan yg ketara iaitu dgn kalah dan seri 1-1 kpada 3-0…Tahniah diucapkan graciasss

    • saya gopal masih blm menemui lg kombinasi yang baik utk kita kalah dgn 10 gol, harap bersabar ye….ape yg pasti saya gopal akan menerus exps nie utk dapat sebuah pasuka yg lemah nie

  35. Apa nak kata lagi??? Malaysia dah kalah. Mainlah apa taktikal pun selepas ini, aku rasa kalah juga. Kenapa? Kerana pemilihan pemain tak betul. Ada betterplayers yang tidak ipilih langsung

  36. apa korang nie, ni piala x penting, apa yg kita nak piala dunia itu yang penting. ni piala setakt asia tenggara je pasukan lemah semua. buang masa kita je lawan dgn sepenuh tenga

  37. buat pengetahuan semua… sebelum kita menang sea games 2009. mmg FAM ambik pemain2 terbaik dari liga untuk harimau malaya. .. persoalannya.. ada menang apa2 ke? ambik player terbaik dari liga tu dah lama fam amalkan.. tapi langsung tadak apa2 perubahan.. bertahun2… lepas menang sea game tu barulah fam nak cuba pendekatan baru.. terus ambik king raja jd coach utk HM. menang pulak lagi suzuki cup 2010.. utk edisi kali ni.. pendekatan tu diteruskan lagi dengan harapan friendly2 yang out tu dapat diubah kepada game yg lbh baik.
    malangnye 1st game tu mmg byk tak menjadi.. tapi come on la.. ada 2 game lagi.. aku yakin kita boleh pergi.. at least sampai semi or final.. kalau menang lagi bagus..

  38. haha FAM dh kedarah duit…klu maen mcm skola jual tket 5rggt sdh.

  39. sejak lepas menang cup aritu aku dah perasan diorang ni main mcm syok sendiri jer..orang yg bodoh je ckp team ni dah meningkat,puji sana sini….bg ganjaran kaw2—tak ingat dunia..tp realitinya masih di takuk lama,,,taktikal ketinggalan zaman////main bola dgn semangat je mana boleh der kalau teknik & taktikal fail…

  40. Coach masih dalam “eksperimen” pemain-pemain Harimau Malaya.Tunggu habis AFF ni baru coach dapat pemain-pemain yang betul2 mantapppp…keh keh keh…Lu fikirla sendiri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>