Annuar Musa diarah bayar kos mesyuarat J/K Tatatertib RM2,124

IBARAT kata pepatah, ‘Sudah jatuh ditimpa tangga.’

Begitulah nasib yang dialami Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sejak kebelakangan ini.

Selepas dijatuhkan hukuman dua tahun enam bulan, semalam badan induk itu mengarahkan Annuar membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang pada 4 April lalu.

Annuar dalam entri terbaharu akaun Facebook miliknya berkata, beliau dikehendaki membayar perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM2,124.

“Baru buka emel dan menerima surat (daripada) Setiausaha Agung FAM mengenai hukuman yang dikenakan kepada saya, penggantungan dua tahun setengah.

“Saya juga dikehendaki bayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin (agaknya elaun-elaun jawatankuasa dan makan minum) berjumlah 2,124. Saya terima dengan redha dan akan bayar insya Allah,” katanya semalam.

Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata: “Amalan mengenakan kos (pada) mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ke atas pihak tertuduh telah lama diamalkan sejak 2010.

“Bayaran kos itu dikenakan ke atas semua pihak iaitu pemain, pegawai dan pasukan yang kalah kes atau didapati bersalah, macam kes terbaharu (kes Annuar).

“Ini bukan satu perkara yang baharu, ia telah diluluskan oleh Exco FAM. Tan Sri Annuar yang turut memegang salah satu jawatan Exco FAM sendiri meluluskan peruntukan tersebut.

“Peruntukan itu dimuatkan dalam Kod Tatatertib FAM dan ia diluluskan pada Mesyuarat Exco FAM pada 12 Julai 2010.

“Perlu dinyatakan bahawa peruntukan itu selari dengan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” ujar Azzuddin. — Kosmo

Related Posts

13 Responses to Annuar Musa diarah bayar kos mesyuarat J/K Tatatertib RM2,124

  1. Fam memang xde hati perut, jantung , pankreas, ….cukup2 la bg tindakan yg menyusahkan anuar musa, ?
    .
    2124 tu mahal siotttt, lain kali bg la denda seratus ribu ke, 5000ooooooo ribu ke, lagipun anuar musa dah susahkan org ramai, dah menjatuhkan maruah skuad kevangsaan kita okkkkk

  2. Orang ramai x susah pun yang susah man laksa je kot.
    Kepada FAM : Upah gali kubur sapa nak tolong bayarkan?

  3. Tahukah Kome Kerana Memberi Pandangan Ikhlas Mengenai Kes TSAM Di Media, Presiden PAFA Juga Di Beri Surat Amaran Oleh FAM…Ape Punya Jenis Persatuan Tah…Bodoh Tak Boleh DiAjor Degil Tak Boleh Di Tegor…

  4. tak boleh ditegor sebab kerabat istana dok memerentah… hahahahaaa…

    • setuju 100%. kalau bolasepak mesia nie, eloklah org yg relevan yg terlibat, org istana nie lebih elok beradu dan bersantap jela kt istana. byk bunyi plakkk. ampun tuanku :p

      p/s : peace no war

    • Ape2 sukan kt Mesia nie kalo adernyer persatuan mmg hampeh & bermasalah..tgklh FAM, BAM, KOM etc..xpenah sunyi dgn masalah gila kuasa, salah guna kuasa, penyelewengan, arghhhhhh..buhsan2..ngn senario d Mesia.!

      P/S: Persatuan itu penting bagi apa2 jua sukan tp pelaksanaannya haruslah berlandaskan piagam tanpa kepentingan mana2 pihak.

  5. Ni lah manusia. Gila kuasa. Bangang punya FAM. Bukan tegur pasal ko berak ke ape. Harap jer penaung agama islam pahang. Pusat judi yang jelas haram tu jugak ko bela. Ni lah orang kata, kecik2 xnk mati, besar2 menyusahkan ummat.

  6. fam gila babi

  7. fam GILA..!!!!!!!

  8. hai xde bunyi plak hem presiden fam nk mampus psl byran meeting tsam
    dlu ckp tsam bidaah(rekacrita),,mmg dsar org tua nyayok !!!
    Mmg hye ckp utk kpentingan pribadi je,,
    azzudin mmg mmalu orang selangor,,jnis orang otak cetek,,,

  9. penting woo gila kuasa ni ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>