FAM masih perlukan khidmat saya - Sultan Ahmad Shah

Presiden FAM dapat sokongan Badan Bertindak Penyokong Sultan Ahmad Shah

PRESIDEN FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak akan berundur daripada jawatannya selagi khidmatnya diperlukan oleh badan induk itu.

Titahnya, baginda tidak boleh menghalang pihak-pihak tertentu membuat desakan supaya baginda berundur daripada jawatan itu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.

“Selagi saya dikhendaki dan ada pihak yang tidak mahu bagi saya berundur diri…saya masih jadi Presiden FAM,” titahnya kepada pemberita sebaik kembali dari luar negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Kepulangan baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta 103 orang yang menamakan diri sebagai ‘Penyokong Sultan Ahmad Sebagai Presiden FAM’.

Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan mengadakan mesyuarat exco FAM minggu depan bagi membincangkan soal memperbaiki dan meningkatkan kedudukan skuad bola sepak negara di persada antarabangsa.

“Mesyuarat exco itu bukan pasal mahukan pengunduran saya tetapi kita nak memperbaiki kedudukan bola sepak negara,” titahnya.

Baginda bertitah FAM sentiasa berusaha memperbaiki mutu permainan, kualiti pemain, jurulatih serta mencungkil bakat baharu bagi mengangkat semula maruah dan mutu bola sepak negara.

“Main bola ada menang, ada kalah, kalau menang saja dengan orang lain tak payahlah kita berlawan, (untuk kejohanan) AFF (Suzuki Cup) baru-baru ini nasib kita tak berapa baik.

“I’m a fighter (Saya adalah pejuang)….kita lawan, kita ada ramai pemain yang masih lagi tidak dikemukakan, jangnlah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelangga’,” titahnya.

Baru-baru ini beberapa pihak mendesak supaya baginda meletak jawatan tersebut dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 103 individu dari seluruh negara telah berkumpul di Pangkalan TUDM Kuantan bagi menyambut kepulangan baginda bagi menzakirkan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda dalam FAM.

Hafizan Hassan, selaku Pengerusi Badan Bertindak Penyokong Sultan Ahmad Shah itu, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyampaikan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda.

“Kami tidak mahu Tuanku berundur dengan desakan seperti banyak pihak yang mahukan sekarang ini dan kami yakin Tuanku mampu membawa FAM dengan lebih baik,” katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut bercadang mengadakan perhimpunan yang lebih besar bagi melahirkan sokongan kepada Presiden FAM itu. Bagaimanapun, tarikh dan tempat perhimpunan itu masih belum ditetapkan.

PFSLJ Gesa Pengurusan Tertinggi FAM Dirombak

Satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang menggelarkan diri mereka ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ) menggesa rombakan besar-besaran dilakukan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mereka menggesa agar Presiden FAM Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan kembali kegemilangan bola sepak negara.

Wakil PFSLJ, Al Fadli Awaludin berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lepas, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan Malaysia dalam peta bola sepak dunia dan bukan lagi berada dalam pasukan Gred D.

“Ini, bukan bererti pucuk pimpinan sekarang tidak cukup bagus untuk menguruskan bola sepak negara tetapi apabila sesebuah persatuan itu dikendalikan orang yang sama dalam jangka masa panjang, mereka kehabisan idea.

“Idea yang sama akan terus diulang menyebabkan pasukan bola sepak kebangsaan kita tidak akan berubah dan membangun seperti negara lain yang sebelum ini setaraf dengan kita…sekarang mereka lebih maju,” katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah wakil daripada penyokong skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya, Norazwan Mohamad. PFSLJ turut menyelar kewibawaan FAM yang tidak mengatur banyak perlawanan kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dikeluarkan setiap empat tahun bagi membolehkan semua negara menyusun jadual liga tempatan dan antarabangsa.

Al Fadli berkata gerakan itu turut membidas FAM kerana sering kali meletakkan kesalahan ke atas jurulatih dan skuad bola sepak negara jika gagal dalam sesuatu kejohanan dan tidak kepada badan induk bola sepak negara itu.

“FAM seharusnya bersama-sama memikul tanggungjawab dan bebanan yang ditanggung pemain serta jurulatih setiap kali berakhirnya sesuatu kejohanan.

“Selama 28 tahun kami disajikan dengan plot kekalahan dan kemunduran skuad bola sepak kebangsaan tanpa FAM dipersalahkan, sebaliknya pemain dan jurulatih dipersalahkan sepenuhnya,” katanya.

PFSLJ yang ditubuhkan sejak 2009, hari ini buat pertama kalinya memperkenalkan diri mereka kepada umum bagi memastikan nasib skuad bola sepak negara tidak terus merudum. – BERNAMA

Related Posts

39 Responses to FAM masih perlukan khidmat saya - Sultan Ahmad Shah

  1. BUTUHHHH!!!

  2. Cam fk je statemnt.giler pe fam nk suh dia brundur.sdiri fhmla lau nk undur.tgk muka ajk fam.mymph.aku

  3. nak tanya sikit,presiden FAM dan konco-konconya atau pun tukang ampunya ni taraf pendidikannya setakat mane??
    Entah-entah UPSR pun tak pas…kalu pas pun 5 kali ambik baru lulus.. Malu la sikit kat seluruh dunia ni..

  4. nak jadi pegawai konon.. biar la taraf betul-betul pegawai.. bertangunggungjawab dan adil..

  5. Sebagai pemimpin tak boleh gila kuasa. Lihat Dr Mahathir … Dia pun bagi pada pemimpin baru kerana dia sendiri rasa lama dahhhhhh ….

    Tak kan kerana 100 org kamu rasa perlu sambung …. Sambung tuu tak boleh dengar penyokong tetapi kena putuskan sendiri…. Penyokong tuuu lumrah laaah dia sokong kerana kipas raja ….. Kaki ampuuuuu ….. Tak .. Kan penyokong nak kata berhentilah tuanku …. Bodoh lah penyokong tuuu … Kan? Penyokong biasalah … Bodek … Nak rm … Rm senang. Kalau kamu letak jawatan mesti dia kata alhamdullilah dlm hatinya … Percayalah.

    Sama juga dr mahathir dulu. Kalau nak tanya penyokong … Mestilah penyokong kata jgn letak jawatan….. Sebab tulah dia buat keputusan sendiri. Contohilah dr mahathir tuankuuuuuuu. Atau kalau tak maluuuu teruskan lah

  6. Bukan FAM mahu khidmat kau, tetapi kau yg mahukan khidmat kau sendiri. Cakap macam tuu kan senang. ENJOYlah sampai duit habis, baru lah bagi pada orang lain…. Duit raja tak cukup pakailah duit fam sampai habis.

  7. bare koyaaaaaaaaaaaaaaaa,,,,,,,,sakeeeeeeeeeeeeeeeee,,,,,,,,,,,
    syoooooooooooooooooooooookkkkkk,,,,,,,sendiri laaaaaaaaaaaaaa,,,,,,,,,,,
    mung not function anything,,,,,,from 28years,,,,nothing !!!!

  8. ko ni syok sendiri lah mangkuk..geng2 kipas aku nk tgk bpe org skong ko..

  9. bersihkan fam….

  10. siapa nk masuk tv atau paper sila sokong saya hahaha

  11. FAM masih perlukan saya? Saya seorang pejuang? Kepala bana kau! Hahaha! Amek ha! Takde sapa dah yg perlukan kau! Buat perabih beras negara je. FAM dah tak perlukan kau. Negara tak perlukan kau. Hidup menyusahkan orang. Jadi presiden syok sendiri. Berjaya apa ke benda slama 28 tahun? Dah2 la tu tuanku. Tuanku dah tua tak lama lg dh nak mampus. Cuba2 lah byk2 pg masjid jd presiden masjid lak. Ke tuanku nak bwk jawatan presiden ke dalam kubur? Patik mohon maaf kerana berkasar dgn tuanku. Daulat tuanku!

  12. sabar je lh..kita masih menunggu calon yang ‘hebat’ dan ‘sesuai’ bagi menggantikan sultan bola ni..dia je yg ‘tahu segala2nya’ tentang bola sepak kt msia

  13. Masuk bakul pahtu angkat sendiri…..pahtu…..hidung x mancung tapi kepala terbotak botak……pahtu……kioq……pahtu….anaknya pulak yg ganti…..

  14. Masalahnya xde sape brani lwn dia masa pemilihan jk. Tgk koam shahidan kasim tu ok je boleh dijatuhkan secara demokrasi dan khabarnya ada skit kemajuan atlit olahraga kita. Drpd dok suruh sultan bola letak jwtn, kita patut naikkan org yg ada kebolehan mentadbir bolasepa negara. Dan sblm kita naikkan dia kena la cerita serba sikit apa plan dia utk naikkan bolasepak kita ni. Masalah pd fam ni dia dok harap pd kem belia sukan dgn majlis olimpik utk buat keje dia. Sbg contoh skrg ni ada national football dev programme yg kbs buat manakala sekolah sukan tu sebenarnya idea mom. Padahal dua2 badan ni byk lg sukan lain kena jg setakat bg galakan, kewangan tu bolehlah. Mentang2 kerabat raja persatuan ko boleh senang lenang suruh org lain buat keje ko. ampunlah tuanku, kami berterima kasih atas khidmat tuanku selama ni tp kami mau org lain pulak yg pegang teraju fam.

  15. Khidmat gapo dio tu? Cuba cer sikit…

  16. tuanku adalah legenda… kalau tak silap patik fifa ada hantar surat rayuan supaya tuanku terima satu jawatan penting dalam fifa kerana badan itu sangat kagum dengan pengetahuan luas tuanku dalam bolasepak. katanya lagi kepala hotak tuanku memang kepala hotak bola dan jika diberi peluang untuk tuanku main bola kemahiran tuanku adalah lebih baik berbanding messi. dipetik dari bernama.

  17. WEI BOTAX,X SEDAR DIRI KO ERK..KO 2 DAH TARAK RAMBUT DAH…IDEA KO DAH KERING DAH PON…PAS LA JAWATAN TU PADA ORANG LAIN YANG TAU PASAL BOLA SEPAK..AKU ARAP SGT2 KO N KETURUNAN KO P MAMPUIH…

  18. FAM mungkin masih nk khidmat Tuanku. Tp rakyat yg tak mahu khidmat org2 FAM termasukla dgn Presidennya sekali. Sila bubar FAM segera dan diganti org yg fresh pula. Kalau pasukan Kebangsaan pun nk yg muda, FAM pun kenalah org2 muda atau berjiwa muda jg. Tak gitu Tuanku? Ampunnnn Tuanku beribu-ribuuuuu ampun.

  19. ampun tuanku..kerjasama tuanku berundur amat kami hargai,untuk masadepan bolasepak yg lebih cerah

  20. Aik aku tgk satu pun komen di atas gilap kepala botak sultan bola.
    Nampak sangat sultan bola ni tgk cerita kartun.. syok sendiri rasa diperlukan.

  21. Dulu semasa Sultan Ahmad Shah mahu dilantik Presiden FAM Allayarham Datuk Hamzah Abdul Samah ada beri komen supaya jangan lantik raja2 jadi pegang jawatan dalam persatuan sukan kerana susah orang nak kritik dsbnya.. Sekarang dah jadi kenyataan.. Selepas 28 tahun mutu bolasepak negara semakin merosot. Dalam masa 28 tahun ni kalau kita ambil bayi yang baru lahir dan train jadi pemain bolasepak mungkin kita ada 100 orang macan Messi.. tapi dengan bimbingan kepimpiman FAM yang mempunyai pengrtahuan yang banyak kita berada di tangga 160 dalam rankin FIFA

  22. Aku tak suka sultan dimaki dihamun kerana sultan lambang agama dan melayu kita. Tetapi apa yg terjadi saya faham kerana fam. Rakyat bukan kutuk sultan tetapi kutuk presiden fam….. Walaupun begitu presiden fam adalah sultan pahang…apakan daya utk kebaikan bola m’sia.

    Jadi utk jaga kesucian sultan melayu kita.. Saya cadangkan semua sultan tak payah jadi presiden kelab sukan dan kelab yg berkaitan…. Jadilah presiden kelab yg berkaitan dgn kebajikan supaya kesayangan rakyat akan bertambah tambah lagi

    Wassalam

    • setuju, rata2 yg kritik, maki hamun bukan maknanya kita memaki hamun dia sbg sultan. tapi atas kapasiti dia sbg presiden fam.rendahnya martabat seorang raja krn dia jadi presiden fam. oh dunia.

  23. sabar dah tak lama dah tu

  24. angkat bakul sampah sendiri la.. dah tua nk mampus.. bawa2 la brtaubat.. slagi duit rakyat x abih.. mana mau brundur.. gua syor lu jd la pengerusi masjid plak.. aku rs 2 byk kosong..

  25. senang2 tak yah ambil tahu pasal bola tempatan,lantaklah nak jadi apa benda kan, tgk jer bpl, ataupun kita semua jgn pegi ke stadium bila pasukan harimau malaya main kan, bila takde penyokong masuk stadium,fam takde duitlah,mcm tu kita ajar fam

  26. Yg heran nya dia nak dok situ….tp nak tengok muka dia di stadium hampir tiada…..apa kata kita tebus kontrak dia berapa kena bayar??

    Tukang KIPAS/AMPU boleh pangkat datuk lepas ni…..

  27. FAM perlukan dia ke
    Dia perlukan FAM

  28. Adik saya umur 6 tahun nak jadi presiden FAM..saya rasa beliau layak..kalau takat nak compare ngan botak ni

  29. contohilah kelab2 eropah..pemilik kelab hampir semuanya bisunessman jadi dia orang ada usaha untuk majukan kelab dan negara..bukannya habiskan duit persatuan..

    • Bukan anak Jati Johor

      Macam JDT la
      Pengurusnya businessman kan

      • pengurus JDT ialah Fandi Ahmad.. profesional.

        • Bukan anak Jati Johor

          Ialah businessman
          Pas tu bankrupt….
          Jgn after this JDT pun bankrupt

          In a 1991 interview, Singapore’s favourite football icon, Fandi Ahmad, told The New Paper, ‘I have enough money. Lots of money. In two years’ time, I would have made enough to last the rest of my lifetime.’

          He was the country’s first millionaire sportsman when he turned 30 in 1993.

          Now, however, life has dealt him a cruel twist after a decade of setbacks and he is looking for a Housing Board flat in the Yishun vicinity, near his mother’s.

          The 48-year-old used to share a terrace house with his wife, Wendy Jacobs, and his five children.

          Fandi informed The Sunday Times that his wife is still recovering from a fall in the couple’s Jakarta home two years ago.

          She had suffered temporary memory loss and was bedridden for almost a month.

          Although she still suffers the occasional mild seizure, she is improving, said Fandi.

          He told The Straits Times: ‘She’s getting a lot of rest at home and is much better than before, so we’re all happy.’

          The ex-Lion, however, is on his guard when quizzed about other problems that he has faced recently.

          ‘What’s past is past, I can’t do anything about it,’ he stressed, adding that the constant query on these subjects is ‘sickening’.

          A few failed businesses in the past had left him in so much debt that two parties sued in June 2006 to recover $230,000 in ‘friendly loans’, which were allegedly taken when Fandi started a used-car dealership in 1999.

          Fandi then pulled out of the partnership two years later but was still saddled with the debt of his business partners, who had been declared bankrupt. He was their guarantor.

  30. kalau diberi pilihan oleh penyokong untuk duatundian stail PRU, rasanya Annuar Musa yg akan menang jawatan presiden FAM…

  31. siapa kata perlu madshah angkat kaki tangan. tak ada pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>