PBNJ ikut peraturan FAM - Tunku Ismail

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menghantar surat balas tawaran yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkaitan perpindahan penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha semalam. Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat tawaran daripada KAFA itu menjurus kepada kontrak pemain tersebut dan keputusan mengenainya hanya akan dibuat pada mesyuarat Isnin ini. [...]

Continue reading

Simone Del Nero ikat kontrak setahun dengan Johor

Simone Del Nero | Johor (FC) SELEPAS berjaya mengikat bekas pemain kelab La Liga Sepanyol, skuad Johor (FC) menambah seorang lagi pemain berbisa kelahiran Carrara, Itali, Simone Del Nero, 31, sekali gus melengkapkan kuota dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan. Del Nero yang merupakan bekas pemain kelab Serie A Itali, [...]

Continue reading

Kemelut Butler, PBSNT selesai cara baik

KEMELUT antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Peter James Butler sudah berakhir. Kesediaan kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan kemelut berkenaan dengan baik menyaksikan pengendali dari England itu bakal mengemudi pasukan berstatus kelab T-Team pada musim depan. Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mendedahkan bahawa Butler telah bersetuju untuk meninggalkan pasukan Terengganu dengan persetujuan [...]

Continue reading

KAFA bebaskan Mat Yo, beri tempoh 7 hari PBNJ respon

Hasrat Norshahrul Idlan Talaha untuk berhijrah ke Johor kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melepaskan pemain ini berkuat kuasa serta merta. Menurut Penasihat, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, skuad The Red Warriors akan bersaing untuk mempertahankan kejuaraan “treble” tanpa Norshahrul. Biarpun pemain itu mempunyai baki kontrak 13 bulan selain beberapa [...]

Continue reading

PBNJ minta KAFA jawab surat perpindahan Mat Yo

“JAWAB dulu surat kami.” Demikian reaksi Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang meminta Johor menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha. Menurut Suhairi, pihaknya telah menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi skuad The Red [...]

Continue reading

PBNJ perlu tunjuk kesungguhan

JIKA terus berhasrat untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha, Johor perlu menunjukkan kesungguhan. Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai hasrat Johor yang berhasrat melamar penyerang terbilang skuad The Red Warriors itu yang lebih popular dengan panggilan Mat Yo. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu rundingan kepada pasukan Johor jika [...]

Continue reading

Annuar: Bonus hak mutlak KAFA

GANJARAN untuk The Red Warriors di atas kejayaan merangkul juara treble buat pertama kali pada musim ini hanya akan diberikan kepada pemain yang betul-betul setia bersama pasukan Kelantan. Itu kata putus Presiden persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan tidak akan memberikan ganjaran sekiranya terdapat mana-mana pemain ‘berdegil’ untuk berhijrah tanpa [...]

Continue reading

Mat Yo rayu Kelantan lepaskan beliau

“TOLONG lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan.” Itulah rayuan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang ingin berhijrah ke pasukan Johor musim depan, kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasibnya yang kini tergantung sama ada dilepaskan ataupun sebaliknya. Shahrul atau dikenali sebagai Mat Yo turut merayu agar KAFA melihat keputusan [...]

Continue reading

Pahang ikut peraturan miliki Azidan Sarudin

PERAK terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin apabila Pahang mendakwa telah mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mengikat pemain tersebut. Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzaimie Ibrahim mengesahkan telah menerima surat rasmi FAS mengenai persetujuan persatuan itu melepaskan pemain berkenaan untuk menyarung jersi skuad Tok Gajah. [...]

Continue reading

Rundingan PBSNT-Butler gagal capai kata sepakat

KEDUDUKAN Peter Butler sama ada akan mengendalikan skuad Terengganu atau meninggalkan negeri ini hanya akan diputuskan dalam ‘mesyuarat darurat’ Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ahad ini. Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, mesyuarat itu terpaksa diadakan ekoran pihaknya gagal mendapatkan persetujuan secara mutlak selepas mengadakan rundingan dengan jurulatih kelahiran England itu. “Secara dasarnya, PBSNT [...]

Continue reading