Mat Yo dilepaskan KAFA

Hasrat Norshahrul Idlan Talaha untuk berhijrah ke Johor kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melepaskan pemain ini berkuat kuasa serta merta.

Menurut Penasihat, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, skuad The Red Warriors akan bersaing untuk mempertahankan kejuaraan “treble” tanpa Norshahrul.

Biarpun pemain itu mempunyai baki kontrak 13 bulan selain beberapa kontrak penajaan, namun KAFA tidak berniat untuk menyekat hasrat pemain kelahiran Besut, Terengganu itu dari menimba pengalaman dengan pasukan lain.

Berat sebenarnya untuk melepaskan pemain yang telah digilap dari tiada nama namun KAFA ingin beri peluang kepada penyerang bernilai ini meneruskan kerjaya dengan pasukan yang sanggup membayar harga dan gaji tinggi.

KAFA bagaimanapun tetap berbangga kerana dapat menggilap Norshahrul sehingga menjadi pemain paling bernilai pada hari ini. -RedsfcNews-

2 Responses to “KAFA bebaskan Mat Yo, beri tempoh 7 hari PBNJ respon”

  1. [...] PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat tawaran daripada KAFA itu menjurus kepada kontrak pemain tersebut dan keputusan mengenainya hanya akan dibuat pada [...]

  2. muhammad akmal bin mohd rosli says:

    kenapa mat yo tingalkal kelantan?

Leave a Reply