Selangor lebur rekod tanpa kalah pahang

Selangor berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Pahang pada saingan bola sepak Liga Super dengan kemenangan 3-2 di Stadium Shah Alam, Sabtu malam. Kejayaan tipis itu membolehkan Selangor melonjak ke tangga kedua carta di belakang Pahang dan tempat ketiga oleh pasukan jemputan Singapura, Lions XII, yang sama-sama mengumpul sembilan mata selepas empat perlawanan. Selangor bermula […]

Continue reading

Jurulatih Negeri Sembilan kecewa prestasi pasukan

Jurulatih import Negeri Sembilan, Divaldo Alves melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pasukannya apabila anak didiknya terus buntu mencipta kemenangan. Setelah mengharungi empat perlawanan setakat ini, skuad Rusa seri satu perlawanan dan tewas dalam tiga lagi perlawanan dan berada di tempat tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul satu mata. Terbaru, Negeri Sembilan tewas 0-1 dengan Perak […]

Continue reading

PBNJ buat akuan bersumpah terhadap KAFA

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak membuat akuan bersumpah terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa gagal mengawal keselamatan para pemain serta penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu, lapor MAZLINA ABDUL MAJID. Akuan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi […]

Continue reading

Pahang mahu mata penuh di Shah Alam

PAHANG yang kembali ke saingan Liga Super musim ini, masih mengekalkan rekod cemerlang selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini. Namun, rekod tersebut belum cukup untuk menggembirakan mereka selagi tidak berjaya menewaskan Selangor. Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Selangor amat penting kerana ia akan memberi gambaran terhadap perjalanan skuad Tok Gajah dalam […]

Continue reading

Johor Darul Takzim, ATM sama liat

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal mengutip tiga mata penuh setelah seri 2-2 dengan pasukan Johor Darul Takzim pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat malam. ATM membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Amirizwan Taj Tajuddin sebelum pemain import Johor Darul Takzim, yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza […]

Continue reading

TMJ nafi askar TSN berada di Stadium Sultan Muhammad IV

Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan […]

Continue reading