TMJ tarik balik keputusan letak jawatan Presiden PBNJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.
Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini hari ini.
Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ…jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor,” titah baginda.
Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.
“Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu…jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun,” titah baginda.
Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.
Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia, dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.
Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.
Pada 3 April lepas, Tunku Ismail membuat keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ.
Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.
Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.
- BERNAMA
April 9, 2013 - 11:02 pm
fyna pun baru tahu yang TMJ letak jawatan..tup2 tarik balik. ^_^
April 10, 2013 - 9:29 am
fyna nk ngurat leh?
April 10, 2013 - 4:24 pm
Fyna pandai ka TARIK? Cuba LAh..best hahahehe
April 9, 2013 - 11:46 pm
Wayang kulit
April 10, 2013 - 9:28 am
baru lah tsam ada partner sparring..kalo tidak tggl sorg2 je mesti boring nk melawan fam..hahahahaha
April 10, 2013 - 9:33 am
So kekal 4 Raja di fam.(raja pahang 2,1johor dan rajagoopal.
April 10, 2013 - 4:18 pm
APA LAR. MANA ADA 4 RAJA. BUAT CERITA DONGENG KASIK KAT LU. 2 JE RAJA. RAJA PAHANG DGN RAJA GOPAL. 2 LAGI TU BELUM JD RAJA. HAHAHAHAHA
April 10, 2013 - 1:18 pm
TMJ dengan TSAM mana ada sparring.. bergaduh ada le. pasal TSAm tu suka cari pasal
April 10, 2013 - 8:29 pm
TMJ suka buat pasal
Ye la pasal dia anak raja
Pasal President pun raja
Pasal Jurulatih pun raja
Pasal JDT pun tak berapa menjadi….
Pasal sep pun Ada juga
April 10, 2013 - 10:54 am
PROTEGE SULTAN PAHANG LAH NI BAKAL MEMMIMPIN FAM KEARAH KEMAJUAN DAN MEMENANGI PIALA DUNIA
April 10, 2013 - 4:22 pm
tengok dari gaya tmj tu serius psl bola… tak mcm anak sultan pahang tu…keje lebih kurang je…yela da bapak dia bos, dia dok rilek jela tgk2…hahahaha fake lahhhhhh……
April 10, 2013 - 4:37 pm
bgus la..ada lg hrpan nk tgk MESSINGUN dlm stadium..hohoho.
April 10, 2013 - 8:33 pm
Jkk
Caya la…
Nanti bila TRW lawan JDT kat Larkin
Mesti penuh stadium Dengan askar askar
Dan panglima panglima di ketuai oleh
Ketua pegawai kurus tan sri sep a/l August
April 11, 2013 - 11:41 am
HAHAHA…..KORANG TUNGU LA NANTI
April 11, 2013 - 12:43 pm
aku cadang sediakan 1 lorong khas untuk fan TRW masuk stadium larkin.. kena periksa ketat,cek IC ada mercun ke flare ke..senjata tajam ke,takpun BUDU.. hukhuk!!
April 10, 2013 - 9:21 pm
Dah tahu daaaaah
April 11, 2013 - 11:40 am
KITER ORANG MEMANG NAK TUNGU SANGAT ORANG KELANTAN KAT STADIUM LARKIN NANTI
April 12, 2013 - 12:35 pm
Dia oang pun tak sabar nak ke Larkin
Bawa byk budu untuk matyo Dan azwan roya…
Ehhhh nenekda TMJ pun ore klate
Agaknya bole la demo demo tu bagi sekali….
April 12, 2013 - 12:36 pm
Sepatutnya dia orang ni
Raja raja termasuk Rajagobal jaga piala emas raja raja je….
April 13, 2013 - 2:11 pm
berlakon la tu.. habis la pemain TRW kali ni, kena masuk stadium dgn keta perisai anti periuk api..
April 17, 2013 - 12:41 pm
kalau belakon kena masuk tv le belakon bro. buat apa dgn keta perisai anti priuk api belanga ke apa plk. takkan tu pun risau. bkn drg hntr geng parang terbang selendang merah pun. kalo nk berperang baru drg hntr kot mcm 13 mei dan perang kg medan. hohohoha
April 15, 2013 - 9:43 am
tapi aku rasa penyokong kelantan tak akan tayang bontot kat penyokong jdt
April 17, 2013 - 12:37 pm
mungkinla. tp kat tmpt lain blambak drg tayang bontot. kat kl/selangor besepah. jgnkan tayang bontot, da kena servis bontot pun byk. hahahuhu
October 13, 2013 - 1:20 am
perangai macam lanun..
October 13, 2013 - 9:23 am
Ini treat dah basi ler cerita. bugis memang cepat ‘panas’ kalau tak kena gaya,Takkan kau tak tau raja selangor pun dari bugis derrr..sekapal dengan raja johor skrg..Johor dulu ada 2 raja,sorg lagi kat muar keturunan temenggong tak jadi raja lagi raja skrg dah amik muar kalo tak dah jadi negeri skrg,waris temenggong jadi org biasa je tp dapat elaun dari raja skrg..sebab ada raja lah melaka undur ke muar dulu dari portugis..muar otai jadi daerah lain johor majoriti kena respek..kubu kuat ulamak,pendekar..Tgk gaya temenggong muar lbh cool dari raja skrg..tah la..kau tahyah la cakap lanun cam tu,bukan semua perangai lanun derr sbb org melaka pun ramai bugis jgk dari riau tp ok je..
October 13, 2013 - 11:42 am
LANUN+BUGIS=NANGIS…..HE3!!!!