Penggantungan Doe: Maaf Peteh, kami sibuk - FAM

Forkey Doe kad merah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendakwa kelewatan menghantar surat penggantungan ke atas penyerang Selangor, Francis Forkey Doe disebabkan kekangan masa membabitkan pegawai tertinggi sekretariat badan induk negara itu.

Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, insiden terbabit bukan disengajakan pihaknya.

“Kebetulan saya dan Setiausaha Agung (Datuk Azzuddin Ahmad) amat sibuk pada minggu itu dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri hingga tidak dapat mengeluarkan surat penggantungan itu. Ingin saya tegaskan insiden itu bukan disengajakan,” kata Ahmad Fuad.

Isu penggantungan satu perlawanan membabitkan Doe dipersoal Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Terengganu (PETEH) apabila penyerang import Liberia itu diturunkan Selangor untuk menentang Terengganu, sehari selepas hukuman terbabit dijatuhkan susulan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain Felda United April lalu.

PETEH mendakwa FAM sengaja melewatkan penghantaran surat itu sekali gus membuka peluang kepada Doe untuk tampil menentang Terengganu di Stadium Shah Alam pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, Ahmad Fuad menjelaskan terdapat peraturan membenarkan keputusan yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM dilaksanakan dalam tempoh 14 hari.

“Sebelum ini peraturan itu membenarkan tempoh hingga 30 hari. Sebenarnya selepas mesyuarat kami perlu membuat surat penggantungan dan disemak pegawai undang-undang. Apabila semuanya mengikut peraturan ditetapkan barulah surat boleh ditandatangani dan dihantar kepada pihak terbabit,” katanya.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Selasa lalu mengesahkan hanya menerima surat penggantungan pada Isnin lalu sekali gus Doe tidak akan dapat beraksi apabila menentang Angkatan Tentera Malaysia apabila Liga Super kembali bersambung pada hujung bulan depan.

- Harian Metro

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

4 Responses to Penggantungan Doe: Maaf Peteh, kami sibuk - FAM

  1. Biasalah aku yg berkuasa, tetapi akhirat nanti tak tentu lagi berkuasa atau tidak.

  2. Dah tentu tak ada kuasa kat akhirat nanti…jawab lah dan rasakan kat sana nanti

  3. Sekecil2 hingga sebesar2 akam dihisab….ingat lah

  4. apopuntakboleh

    sibuk kapla waklu..kalo bab denda prsatuan bukan main lg cepat buat keje..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>