Harga Tiket Piala Sumbangsih RM15, RM30

  • Piala Sumbangsih 2012
  • Kelantan vs Negeri Sembilan
  • Stadium Nasional Bukit Jalil
  • 7 Januari 2012, LIVE TV1 / Astro Arena 8.45 mlm

PERLAWANAN Piala Sumbangsih 2012 antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu pada 7 Januari, kini diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelantan merupakan juara Liga Super manakala Negeri Sembilan juara Piala Malaysia musim lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat ekoran masalah tengkujuh di Kelantan ketika ini.

“Disebabkan masalah hujan yang berlarutan serta beberapa masalah lain, mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan Sumbangsih di Kota Baharu hari ini memutuskan untuk mengubah venue perlawanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata kedua-dua pasukan telah menyatakan persetujuan untuk beraksi di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton.

“Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam tidak berubah,” katanya.

JKPT FAM menetapkan tiket perlawanan tersebut berharga RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM30 untuk tempat duduk utama (grandstand).

Harga Tiket Piala Sumbangsih 2012

Related Posts

3 Responses to Harga Tiket Piala Sumbangsih RM15, RM30

  1. boh, nk tanyo. tiket nok beli mano ?? nk beli ni… :)

  2. walaupun bukan pahang atau selangor yang main. Aku teringin nak gi tengok ni. Ada jual tiket online tak?

  3. Saya ada 6 tiket , ada sesiapa nak tak?tak jadi pegi tengok sebab kami semua kena kerja malam ni.tiket dah beli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>