Terengganu beraksi waktu petang
Terengganu vs Felda United 8.1.2013
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak lulus aksi waktu malam
PERLAWANAN Liga Super antara Terengganu dan Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) pada Selasa akan berlangsung pada sebelah petang.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff berkata masa perlawanan pada pukul 4.45 petang itu telah disah dan diputuskan pada mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM Kelana Jaya pagi Isnin.
“Walaupun kami telah berusaha untuk menambah pencahayaan lampu limpah di SSINS, ia masih tidak memenuhi piawaian yang diinginkan FAM,” katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Peteh dan peminat bola sepak Terengganu di sini hari ini.
Lewat malam tadi wakil FAM membuat pemeriksaan cahaya lampu di SSINS.
Bernama difahamkan pencahayaan lampu limpah di SSINS tidak mencapai tahap yang diperlukan walaupun Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menambah lampu limpah. — Bernama
January 8, 2013 - 8:31 am
Moga pasukan Terengganu lebih cemerlang tahun ni…tapi kenalah cepat2 tambah lampu…barulah ramai penonton turun nanti… =)
January 8, 2013 - 9:35 am
Banyok hok tbakar bor doh guane
January 8, 2013 - 4:15 pm
teganu boleh menang petang nih…barisang kemungkinang
1.syed adney 3.zubir 23.faizal 17.marzuki 18.mazlizam 18.nordin 10.ismail faruqi
8.import 22.ashari 11.manaf 9.effa-owana
January 8, 2013 - 4:18 pm
Hok aloh… negeri kan kayo dengan MINYOK… gunalah LAMPU PELITA banyok2 sure cerah sampai ke bule…
January 8, 2013 - 7:59 pm
lagu mano result.. ganung sapo sumat?