Hodak teruja semangat juang Red Warriors

“SAYA gembira membimbing Kelantan sekali gus membantu pasukan ini mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut.”

Demikian luah pengendali Kelantan, Bojan Hodak sejurus pasukannya mencatatkan kemenangan besar dengan menumbangkan Perak 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, malam kelmarin.

Tanpa berselindung, Hodak mengakui dia gembira dengan semangat juang yang dijelmakan oleh barisan pemainnya sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.

“Sebelum perlawanan saya ada memberitahu pengurus pasukan (Azman Ibrahim) bahawa pemain mahu menang dalam perlawanan ini seterusnya menghadiahkan kejuaraan liga sebagai bonus dan akhirnya mereka berjaya melakukannya dengan baik.

“Sepanjang membimbing Kelantan, saya lihat barisan pemain Kelantan telah menunjukkan corak permainan yang konsisten sejak dari awal hingga akhir perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Hodak memberitahu, untuk pertemuan dengan Felda United esok, beliau bakal kehilangan khidmat dua pemain utamanya iaitu Daudsu Jamaluddin dan ketua pasukan Mohd. Badri Radzi yang digantung perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

“Ditambah pula dengan kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama, namun saya tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk menghadapi perlawanan tersebut,” ujarnya.

Selepas membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan Piala FA buat kali pertama musim ini, pengendali kelahiran Croatia itu membuktikan sentuhannya semakin berbisa apabila membimbing Kelantan mempertahankan gelaran Liga Super yang dimenangi pada musim lalu.

Lebih menarik, kejuaraan untuk musim ini diraikan lebih awal, biarpun masih berbaki dua perlawanan sebelum saingan Liga Super melabuhkan tirainya pada Sabtu depan.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan liga kali kedua berturut-turut meletakkan namanya selaku jurulatih asing pertama yang berjaya membimbing Kelantan menjulang dua kejuaraan dalam satu musim setakat ini.

Sementara itu, ketua pasukan Mohd. Badri Radzi memberitahu, kejayaan mempertahankan kejuaraan liga melonjakkan lagi semangat mereka untuk merangkul Piala Malaysia selepas ini.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

11 Responses to Hodak teruja semangat juang Red Warriors

  1. menteri fassola

    pic ni ada adegan 18sx la nwohahahaha….

  2. kelate juara bukan kerana team kuat…tapi sbb team lain tak kuat kecuali lions12.

    • btul tu jahari- spain mng world cup, euro bkn sbb spain hbt tp team len lmh..mu mng bkn sbb hbt tp team lwn xkuat..alsn phD thap bangang

    • kata2 golongan org yg “kecewa” sbb klate menang. kalau jahari ni penyokong lions mmg patutla. tp kalu org malaysia, ni salah 1 contoh org yg xsedar diri spt mereka2 yg hny minat liga luar negara tp xmahu ambil tahu ttg liga malaysia kononnya xde kelas. gi la duk luar negara dan tukar je kerakyatan mu tuh..

    • singapore meme.. kuat ..tapi kuat rasuah kot.. main kelate pun dpt telor….. kuat perasan le Jahari ni…

  3. Kenapa Lion XII tak pulak jadi juara ekk???

  4. jahari - pape jelah.. janji ko hepi..

  5. Kemenangan hanya untuk yang terbaik..tahniah TRW

  6. hanya jahari yg kenal manikam.hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>