Peter Butler direhatkan
KAFA rehatkan Butler, Zahasmi ambil alih tugas jurulatih Kelantan
KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler direhatkan sementara oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bermula semalam.
Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, tempoh rehat yang diberikan kepada Butler bukan pengantungan penuh kerana jurulatih yang berasal dari England itu masih menikmati pelbagai faedah seperti yang termaktub dalam kontraknya bersama The Red Warriors.
“Kita hanya merehatkan Butler dari melatih pasukan dan bukannya mengantung beliau,” jelasnya.
Sebagai ganti, penolong jurulatih iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin akan mengambil alih melatih skuad Liga Super Kelantan sehingga perkembangan terkini akan diberitahu kelak. — RedsFC-News
Kafa rehatkan Peter Butler
PENGENDALI The Red Warriors, Peter Butler menjadi jurulatih pertama yang menerima nasib malang dalam kancah Liga Malaysia musim ini apabila direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Tindakan drastik itu diambil setelah Butler sebelum ini dilihat lantang mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati kepada pihak media mengenai campur tangan pihak pengurusan terutamanya dalam menentukan kedudukan pemain import Kelantan sebelum ini.
Setiausaha Agungnya, Azman Ibrahim berkata, keputusan merehatkan Butler diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan KAFA yang bermesyuarat pada 18 Februari lalu, namun baru di kuatkuasa semalam memandangkan pihaknya tidak mahu pasukan hilang fokus ketika saingan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak, minggu lalu.
“Kita tidak menggantung Butler tetapi hanya merehatkan sahaja sehingga dia tampil memberikan penjelasan mengenai ketidakpuashatiannya mengenai pelbagai perkara berbangkit terhadap pihak pengurusan sebelum ini,” katanya.
Pada masa sama katanya, KAFA beranggapan Butler tidak boleh melatih pasukan selagi jurulatih itu sedang menghadapi masalah ini.
Namun, pihak pengurusan memberi peluang kepada Butler untuk tampil memberi penjelasan dan KAFA katanya sedia berbincang secara terperinci mengenai masalah dihadapi jurulatih itu.
“Butler masih Ketua Jurulatih Kelantan dan kita tidak menetapkan tempoh masa tertentu mengenai keputusan merehatkannya. Tugas melatih pasukan kini diuruskan kepada dua penolongnya, Zahasmi Ismail dan Sideek Samsuddin,” katanya.
Menurut Azman, soal mencari pengganti Butler tidak timbul sama sekali memandangkan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan baru-baru ini.
“Pemain Kelantan kembali menjalani latihan bermula hari ini (semalam) dan ia tetap berjalan seperti biasa meskipun tanpa kelibat Butler di atas padang,” katanya. — Sinar Harian
February 24, 2012 - 8:58 am
org kelantan gila kuasa
February 24, 2012 - 9:52 am
Zaraki,
Gile lah ko sorang2
February 24, 2012 - 10:44 am
sathia fam `rehat` kan dulu..pening cr coach
skg kafa `rehat` kan butler…ishh ishh
February 24, 2012 - 11:48 am
org KAFA = org UMNO
sdiri pk…
February 24, 2012 - 3:10 pm
Jangan babitkan politik dalam ni. Ni x de kena mengena dgn PAS, BN, DAP dn PKR tau. Jangan jadi bingai tau.
February 24, 2012 - 9:26 pm
RUGI, macam mana la tahap bola sepak negara nak naik. Soal selection pemain bukan kerja pihak pengurusan.Itu kerja jurulatih. full stop. jangan jadi B_d_h. isi sendiri. the red warriors have been doing well and one should applaud Peter Butler for trying to raise the standard of football in Malaysia. Nak ranking sama macam 1st world tapi perangai macam 3rd world. He doesnt need this BS and neither do we.
February 24, 2012 - 11:11 pm
setuju dgn faizal
February 25, 2012 - 7:15 am
bohong la kalau kata politik takde peranan dalam bola sepak kat malaysia ni. politik2 juga. tapi kena la telus. peter butler kritik sbb dia taknak pasukan kelantan hancur. aku sokong pasukan kelantan. aku pun xnak tgk kelantan jatuh.
February 25, 2012 - 1:40 pm
DIREHAT @ DIGANTUNG?