Piala FA: Darul Takzim sasar bekalan selesa

johor dt vs pahang

“JOHOR Darul Takzim (JDT) boleh kalahkan Pahang.” Itu komen ringkas jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad menjelang perlawanan separuh akhir pertama kempen Piala FA di Stadium Larkin, malam ini.

Meski pun sedar kesuntukan masa bagi mempersiapkan pasukan, namun jurulatih kelahiran Singapura itu tetap optimis barisan pemainnya mampu mengekalkan rentak cemerlang sebagaimana dibuktikan ketika menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super Rabu lalu.

“Pahang sebuah pasukan yang kuat dan susah untuk dijangka, kebanyakan mereka juga dibarisi pemain muda.

“Tapi itu tidak menggusarkan saya kerana saya yakin pemain kini berada di tahap yang terbaik lebih-lebih selepas mengalahkan Kelantan tempoh hari.

“Justeru, kita akan berusaha untuk mencari seberapa banyak gol sebagai bekalan selesa. Ini perlawanan pertama dan bukan keputusan mutlak untuk kita layak ke perlawanan akhir. Segala-galanya masih berbaki 90 minit di Stadium Darul Makmur (separuh akhir kedua) pada 28 Mei nanti,” katanya.

Meskipun yakin menumbangkan Pahang, Fandi pada masa sama turut melahirkan kerisauan selepas beliau dapat mengesan beberapa kelemahan di dalam barisan pemainnya.

“Masalah utama yang perlu diatasi segera ialah konsentrasi. Saya lihat pemain susah untuk fokus dan memberikan tumpuan setiap kali turun beraksi.

“Tapi, Alhamdulillah selepas perlawanan menentang Kelantan, saya lihat masalah itu semakin kurang dan saya berharap mereka akan mengekalkan momentum itu ketika berdepan Pahang,” jelas Fandi.

Fandi menambah, mereka tetap akan waspada dengan ancaman Pahang dan menyeru barisan pemainnya tidak menyerah mudah terhadap ancaman lawan.

“Skuad Pahang pada tahun ini mempunyai kekuatan tersendiri kerana membariskan pemain-pemain yang berbakat dan bertenaga.

“Saya tidak mahu pemain-pemain JDT terlalu yakin menghadapi perlawanan ini kerana ia hanya akan mengundang padah,” tegas beliau.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>