Piala FA: Badi terus menimpa ATM, Sathianathan

Badi berterusan menimpa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila tersingkir awal pada saingan Piala FA, sama seperti musim lalu selepas tewas 1-2 kepada Sime Darby FC pada pusingan pertama di Stadium MP Selayang, malam tadi.

Sime Darby bermula baik apabila berada di depan pada minit ke-15 selepas pemain import Mahmoud Al Amna memperdayakan penjaga gol Mohd Iqbal dalam kotak penalti.

Farderin Kadir hampir menyumbang gol kedua Sime Darby selang empat minit kemudian tetapi cubaannya sedikit tersasar.

Juan Arostegui pula hampir menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit ke-26, namun cubaannya di dalam kotak penalti terkena palang.

Penyerang Argentina itu memperoleh dua peluang terbaik selang beberapa minit kemudian tetapi masih gagal membuahkan hasil diharapkan.

Anak buah Ismail Zakaria sekali lagi hampir menggegar gawang gol ATM tetapi mujur cubaan pemain pertahanan Firdaus Fauzi dari tengah padang pada minit ke-40 berjaya ditampan Mohd Iqbal sebelum terkena palang gol.

Bersambung babak kedua, ATM menggandakan asakan dan hasilnya, mereka berjaya juga menyamakan kedudukan pada minit ke-66 hasil sepakan percuma yang disempurnakan Rezal Zambry Yahya.

ATM hampir di depan pada minit ke-75, namun sepakan percuma penyerang veteran Marlon Alex James berjaya ditampan kemas penjaga gol Sime Darby, Kamarul Efendi.

Namun Mahmoud kembali meletakkan Sime Darby di depan menerusi gol keduanya pada minit ke-85 menerusi rembatan kencang ke gawang lawan.

Keputusan Piala FA 2014 [KLIK]
Jadual Piala FA 2014 [KLIK]

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>