Mahkamah tolak tuntutan saman Annuar Musa ke atas FAM, Azzuddin
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menolak semua tuntutan saman Tan Sri Annuar Musa ke atas FAM dan Setiausaha Agung badan induk bola sepak kebangsaan itu, Datuk Azzuddin Ahmad.
Sebelum ini terdapat sedikit harapan kes saman tersebut memihak Annuar yang digantung dari jawatan Timbalan Presiden FAM selama 30 bulan apabila mahkamah memutuskan terdapat merit untuk beliau (Annuar) meneruskan kes tersebut.
Mahkamah juga beberapa kali menolak rayuan FAM untuk membatalkan tuntutan saman tersebut.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah hari ini.
“Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak semua tuntutan saman saya terhadap FAM dan Dato’ Azzuddin.
“Saya terima dengan hati terbuka dan telah mengguna option yang ada menurut undang-undang,” kata Annuar di laman facebook miliknya selepas keputusan mahkamah hari ini.
Namun beliau menegaskan usaha untuk memperbetulkan apa jua kepincangan dalam FAM terutama membabitkan Artikel 88 akan diteruskan mengikut peraturan.
April 6, 2013 - 1:56 pm
org2 kelate tiada komen ke…?
April 7, 2013 - 12:06 pm
Tak guna nak lwn.. mereka FAM…Jika PRU nanti BN tumpas tumpaslah kekebalan FAM.. Insyaallah.