Peteh ibarat Singa lapar

Jaringan hatrik bolehkan Forkey Doe dahului senarai penjaring Liga Super

Terengganu vs Sabah 6-3SKUAD Penyu diibaratkan singa lapar apabila menjadikan Sang Badak mangsa amukan mereka hingga berjaya membenam pasukan itu 6-3 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini kelmarin.

Penyerang berbisa Terengganu, Francis Forkey Doe muncul wira pasukan apabila meledak hatrik pada minit ke-11, 13 dan 77, manakala Ashari Shamsuddin (m-4), Abdul Manaf Mamat (m-42) dan pemain gantian, Joseph Kalang Tie menambah duka pelawat pada minit ke-79.

Keputusan itu begitu menggembirakan jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang memuji anak buahnya. “Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pemain kerana meneruskan rentak cemerlang, saya optimis aksi yang dicari-cari pemain selama ini sudah ditemui.”

Katanya, walaupun pasukan berpesta gol namun masih banyak lagi kelemahan dilakukan anak buahnya dan akan sedaya upaya mengatasinya sebelum perlawanan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kumpulan F menentang kelab Hong Kong, Kitchee FC, Selasa ini.

Mat Zan berkata, aksi cemerlang yang dipamerkan anak buahnya terutama ledakan Forkey Doe yang melakukan hatrik pada perlawanan itu sekali lagi ditagih dalam saingan Piala AFC.

“Antara kelemahan pemain ialah mengambil sikap sambil lewa ketika pasukan mendahului lawan dan ini yang perlu diperbaiki segera bagi mengelak perkara sama berulang,” tegas Mat Zan.

Ditanya kehadiran pasukan Kitchee FC menyaksikan perlawanan pasukannya pada malam itu, Mat Zan berkata itu hanya perkara biasa dan apa yang penting sekiranya pemain dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka tidak mustahil Penyu akan memenangi perlawanan itu nanti.

Video Terengganu 6-3 Sabah

Related Posts

2 Responses to Peteh ibarat Singa lapar

  1. Pata timo hebak sungguh…..

  2. mat said buncit

    buke singo lapar laa penyu lapar baru yor.. peteh ganu peteh.. selangok ko nogori ko kito timbok lako

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>