Penyokong Terengganu naik angin, Che Mat Jusoh enggan letak jawatan

Penyokong Bola Sepak Terengganu mengamuk

GELOMBANG kekecewaan penyokong bola sepak Terengganu sampai ke kemuncaknya apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjadi sasaran kemarahan mereka.

Malam kelmarin, lebih 100 penyokong tegar skuad Penyu ‘menyerang’ rumah Che Mat Jusoh di Panji Alam, Kuala Terengganu setelah pasukan kesayangan mereka kecundang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada pertembungan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mereka mendesak pemimpin veteran itu serta ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu, Mat Zan Mat Aris berundur dan melepaskan jawatan masing-masing.

Tindakan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat penyokong di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad Penyu itu tumbang kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penyokong beramai-ramai pergi ke rumah Che Mat yang terletak di Kampung Panji Alam dengan membuat bising mendesak Che Mat meletak jawatan selain menekan loceng rumah, menggoncang pintu pagar dan membaling batu.

Tiada kecederaan berlaku, namun, kejadian menyebabkan bahagian bumbung di bahagian rumah tersebut mengalami sedikit kerosakan dalam kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu.

Che Mat ketika ditemui bagaimanapun menegaskan tindakan penyokong berkenaan tidak membuatkan dia takut untuk terus memegang tersebut kerana beranggapan kumpulan terbabit hanya mahu melakukan provokasi ke atasnya.

Video Penyokong Terengganu desak Che Mat Jusoh berundur


Penyokong Terengganu desak Che Mat Jusoh berundur

Related Posts

7 Responses to Penyokong Terengganu naik angin, Che Mat Jusoh enggan letak jawatan

  1. Kalah pd pasukan kelab ditempat sendiri mmg amat pahit utk dterima penyokong. Tambah2 sblm tu dibelasah selangor 1-6. Apa yg penyokong marah tu ada asasnya apabila melihat corak permainan yg kurang berkesan akhir2 ni.

    Diharap pihak PBSNT mengambil berat pendapat penyokong, bukan bersikap keras kepala disebabkan pangkat dn gaji. Tanpa penyokong siapa anda. Tu sbb penyokong sanggup brkerat rotan pegi demo secara keras depan rumah che mat.

    Harap penyokong ganu dpt bersabar

    Pandangan ikhlas dp fan kelantan

  2. Pandangan saya selaku anak terengganu di KL. Dalam menilai sesebuah pasukan, kita kena ambil keseluruhan, jgn tengok sekadar game2 tertentu sahaja. Bantahan penyokong adalah berdasarkan situasi semasa. Jangan cepat menghukum. Buruk padahnya nanti. Ini menunjukkan bahawa para penyokong terlalu sayangkan pasukan mereka. Situasi ini berbeza jika dibangdingkan pada sebelumnya yang mana tiada bantahan besar2 ran. Kepada pemain, mainlah utk peminat, bukan untuk gaji semata mata.

  3. Mat Said kena undur. Mat Jusoh jadi MB

  4. Assalamu’alaikum semue org ganung. Sabo belake. Malang tadi ade berite baik. Ganung menang beso 6-2 katok Song Lam Nhge An. Tahniah Ganung. Team Malaysia nelang……. Peteh Ganung Peteh…. Gomo Kelate Gomo….

  5. Tahniah buat team Terengganu yang membelasah Song Lam 6 bijik walaupun dilanda kontroversi. Kepada penyokong yang tak pergi tengok kat stadium dan nak boikot tu…rugi laa..bila lagi nak tengok Penyu mengamuk!!!! Tahniah sekali lagi buat team Kelantan dan Terengganu yang mewakili Malaysia dlm AFC…Harumkan nama Malaysia…Nak harap Harimau Malaysia…lwm dgn pasukan yang rangking bawah-bawah aje laa….Almaklumlah…rangking tak penting….

  6. Dok tahulah bakper penyokong jadi ggitu..skuad kita. Bukang besor..mmg game ada slow skek..tunjuk biasa la..kelatang pong akang Sapa low point diary..masa nilah kita perlu sokong bukang maroh yer yer bukang…pikir gok skek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>