Pertembungan dua jagoan Pantai Timur

Kelantan vs Terengganu 2012
Kelantan vs Terengganu | Liga Super

Kelantan vs Terengganu
Liga Super 11 Februari 2012
Stadium Sultan Mohammad Ke-IV
LIVE Astro Arena, 8.45 mlm

KELANTAN akan menjadi tuan rumah kepada Terengganu dalam perlawanan tumpuan aksi ketujuh Liga Super musim 2012.

Kedua-dua gergasi Pantai Timur ini yang disenaraikan dalam kelompok elit Liga Malaysia semenjak lahirnya kejohanan ini dari tahun 1921, akan berentap di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV Kota Bharu malam esok.

Kedudukan mereka yang sentiasa mengekori sama sendiri sudah dijangka, tetapi perlawanan yang sebelumnya dianggap sebagai pertembungan pasukan teratas liga kini disulitkan dengan Perak di puncak liga.

Ia jelas yang kedua-dua pasukan belum mencapai rentak permainan yang diingini lagi.

Walaupun jurulatih Peter Butler telah kembali ke pasukan yang dia telah bina pada tahun 2008, ia jelas yang pasukannya belum lagi menyesuaikan diri kepada taktiknya.

Terdapat juga beberapa pihak yang menyoal pengambilan dua pemain import “yang mana sumbangan mereka cukup mengecewakan”.

Keputusan seri tanpa gol terakhir Kelantan dengan Sabah telah menonjolkan prestasi beberapa pemain yang kelihatan teragak-agak dalam gerak serangan.

Apa yang menggerunkan adalah walaupun tidak bermain baik, mereka telah menjaring gol terbanyak setakat ini. Tonggak serangan Red Warriors masih berfungsi dengan baik dengan kesemua penyerang utama dapat membolos pihak lawan.

Sebaliknya, ia jelas yang Sang Penyu meletakkan harapan kepada Forkey Doe. Pemain Liberia itu mampu mereka gol sendiri tanpa apa jua sokongan dari rakan sepasukan tatapi beban menjaringkan gol mungkin terlalu berat untuk diangkat sepanjang musim.

Abdul Shukur, Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf sering berfungsi sebagai penarik perhatian dari Forkey Doe tetapi mampu menjaringkan gol sendiri dan berani membuat percubaan dari jauh.

Perbezaan dari segi statistik antara mereka adalah setakat ini, matlamat Tan Sri Annuar Musa untuk mencapai rekod tanpa kalah nampaknya mampu dicapai.

Kelantan akan didorongi para penyokong fanatik Pahlawan Merah apabila bermain di padang sendiri dan semangat para penyokong ternyata adalah sumbangan yang terpenting dalam pertembungan sebegini. — ESPNstar.MY

Kelantan vs Terengganu 11.02.2012

Related Posts

3 Responses to Pertembungan dua jagoan Pantai Timur

  1. Kelantan 4 - 2 Terengganu.

  2. Kelantan 18 - 1 Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>