Peter Butler ‘naik angin’, halau jurugambar

Berang kerana menerima surat direhatkan daripada pihak pengurusan, ketua jurulatih T-Team, Peter Butler, bertindak di luar batasan apabila memaki dan menghalau jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail, di Padang Bola Kompleks Sukan Gong Badak, petang semalam.

Butler yang juga pengurus pasukan, berulang kali menghalau sambil menolak dan memaki jurugambar berusia 21 tahun itu dengan panggilan bodoh bagi melarang gambarnya dirakam selepas menerima surat daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.

T-Team akan ambil tindakan keras

Bagaimanapun, penyerahan surat untuk merehatkan pengendali berbangsa Inggeris itu selama 30 hari bertukar ganas apabila pemain import, George Boateng, pula campur tangan bertindak mencaci, menolak dan cuba merampas kamera jurugambar.

Tengku Mohd Syamim berkata, dia bertekad tidak melepaskan kameranya kerana bimbang dirosakkan Boateng dan terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya dicakar dengan kuku pemain itu.

Ketika itu, saya hanya mahu mempertahankan kamera saya. Saya memang terkejut dengan tindakan pemain itu kerana saya cuma menjalankan tugas. Saya tidak sedikit pun menyangka yang Butler dan Boateng, sanggup bertindak liar, katanya.

Susulan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi langkah keselamatan dan tidak mahu perkara sama berulang kepada wartawan atau jurugambar lain pada masa hadapan.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh, kesal dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci sambil menambah akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti jurulatih dan pemain terbabit melakukan kesalahan di padang latihan hari ini (semalam).

Penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan menggantikan Butler dan ia diluluskan lembaga pengarah pasukan.

- Berita Harian

Related Posts

2 Responses to Peter Butler ‘naik angin’, halau jurugambar

  1. jurugambar ni pn satu dh org x nk jngan la smpai bt org tu naik angin…keja2 tpi profsional kna ada la…jngn fkir diri kita je cba fkir org lain jgk.

  2. yang pi kacau orang tu apa pasal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>