Milan Baros, Nicolas Anelka pengganti Guiza?
Siapa pengganti Daniel Guiza: Milan Baros atau Anelka?
Johor Darul Takzim (JDT) buru Milan Baros, Nicolas Anelka, Louis Saha
Patah tumbuh, hilang berganti. Tidak sampai 48 jam selepas Daniel Guiza dan Simone Del Nero beraksi dalam permainan terakhirnya, Johor Darul Takzim telah melancarkan pencarian mencari pemain import terbaru yang bertaraf dunia.
Penggantinya bukan calang-calang pemain dan tiga penyerang yang mempunyai nama besar dalam dunia bola sepak menjadi pemburuan Johor DT iaitu Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka.
Namun, difahamkan Johor DT telah menyatakan tawaran secara rasmi kepada bekas penyerang Liverpool, Aston Villa dan Galatasaray iaitu Baros yang kini berusia 31 tahun dengan tawaran sekitar A$1 juta (RM3.05 juta) ke 1.5 juta(RM4.5 juta) setahun.
Cuma, segalanya bergantung kepada Baros yang kini beraksi di Liga Republik Czech bersama kelab, Banik Ostrava untuk menerima tawaran terbabit.
Dikenali antara penyerang paling prolifik Republik Czech selepas menjaringkan 41 gol dalam 93 penampilan, Baros dianggap antara pengganti paling sesuai untuk mengambil alih peranan Guiza di jentera serangan Johor DT.
Begitu dikenali di kalangan penyokong Liverpool, dia menjadi sebahagian tonggak The Reds ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2004/05 apabila melakukan kebangkitan dramatik daripada ketinggalan 0-3 untuk mengikat AC Milan 3-3 sebelum menang melalui sepakan penalti 3-2.
Manakala Saha, bekas penyerang Manchester United yang mengikat kontrak jangka pendek selama enam bulan bersama Lazio pada musim ini akan kekal dalam radar Johor DT jika Baros menolak tawaran yang dikemukakan.
Selain itu, Anelka yang menyertai gergasi bola sepak Itali, Juventus selama lima bulan secara pinjaman dari kelab China, Shanghai Shenhua, juga dilihat antara pilihan terbaik kerana kontraknya akan berakhir pada bulan depan.
Satu lagi kuota pemain import Johor DT dijangka diisi oleh pemain import Johor dari Brazil, Andre Francisco yang telah memulakan latihan bersama Johor semenjak bulan lalu.
Guiza ditamatkan kontrak lebih awal oleh Johor DT kerana pemain itu hanya mempunyai kontrak berbaki empat bulan dan tidak sempat beraksi dalam saingan Piala Malaysia, sementara prestasi Del Nero tidak begitu memberangsangkan kerana sering berdepan masalah kecederaan musim ini.
- Utusan
Pingback: Johor DT buru Milan Baros, David Trezequet | Sokernet
April 8, 2013 - 10:30 am
teruja ms tgk jdt lawan s`ngor.walau pun jdt kalah tp penyokong jdt siap boleh berjoget dgn penyokong selangor lps abis game.
April 9, 2013 - 8:26 am
Itu membuktikan org johor mmg sporting2 bro….sape ckp bekeh ngn sombong tu dia org giler lg buta….tgk artis je ramai dr johor hahahaha…maybe jhr ngn sel tak brape kesah sgt kot….jawa sama jawa, jhr ramai jd artis kat sel, kg medan, kg baru kena serang jhr pun turun….biase bro..hahahaha
April 8, 2013 - 2:10 pm
Selangor tak hairan import siapapun yang…PENTING tahun ini dah 2x….MENANG!!!!BRO!!!!
April 9, 2013 - 8:12 am
Tak kesah lah bro…Janji main bola tgk bola…Bg team lain takut dgn team jawa ngn selatan….dlm versi utara ngn pantai timur, ramai nyatakan selangor kategori bahagian selatan….jd power lg selatan dgn JOWO….hahahahahaha
April 8, 2013 - 5:22 pm
penyokong jdt yg ajak berjoget 2 gay hahaha.
April 9, 2013 - 8:09 am
pehhh ayat lu leh tahan. ade ke drg gay. selangor pun bkn tkde gay bro. tasik permaisuri byk. gua lepak siap kena ngurat ngn gay. cibai tul. hahaha
April 8, 2013 - 6:32 pm
pehh..leh tahan gak pemain yang nak dibeli tu.