Johor DT buru Milan Baros, David Trezequet
Nicolas Anelka turut dikaitkan dengan Johor Darul Takzim
SIAPA bakal ganti pemain import Johor Darul Takzim (DT) Daniel Guiza yang tidak bersama skuad Harimau Selatan pada pusingan kedua Liga Super bermula 12 April ini.
Selepas sah pemain Liga Perdana Johor Andre Francisco Da Silva dinaikkan pangkat menggantikan Simone Del Nero, kini tumpuan terarah mencari pengganti Guiza yang akan pulang ke pangkuan kelab lamanya Getafe CF selepas tempoh pinjaman enam bulan dengan PBNJ berakhir Ogos ini.
Terbaru dua nama besar meniti dibibir iaitu bekas pemain antarabangsa Republik Czech Milan Baros yang pernah beraksi untuk Liverpool FC dan Galatasaray serta bekas bintang Perancis David Trezequet yang pernah beraksi di negara ini pada saingan Piala Dunia Remaja 1997.
Difahamkan pengesahan sama ada khidmat Barros atau Trezequet yang akan menggantikan Guiza hanya diketahui dalam tempoh terdekat ketika pendaftaran pemain baru dibuka FAM mulai hari ini sehingga 22 April ini. Trezequet, 35, pernah beraksi untuk skuad senior Perancis selama 10 tahun dari 1998 hingga 2008 dan anggota juara Piala Dunia 1998 selain pernah beraksi untuk kelab AS Manaco dan Series A, Jeventus serta dinobatkan Pemain Terbaik 2000-2001.
Manakala Barros pernah membuat penampilan bersama Liverpool dalam saingan EPL musim 2002 hingga 2005 dan Aston Villa (2005-2007) sebelum berhijrah ke kelab Lyons di Liga Perancis selama semusim (2007-2008) dan kemudiannya beraksi untuk kelab Galatasaray, Turki. Dia kini beraksi untuk kelab Banik Ostrava di Republik Czech.
Bagi Guiza yang ditemui selepas perlawanan suku akhir Piala FA menentang Selangor berharap penggantinya kelak mampu menyerlah dan membawa kejayaan gemilang.
“Siapa yang menggantikan saya nanti mesti beri sumbangan terbaik. Saya akan pulang semula ke Getafe CF dan akan kembali beraksi Julai ini. Apapun saya berterima kasih kepada pengurusan PBNJ dan penyokong yang memberi sokongan kuat sepanjang berada bersama pasukan yang saya anggap antara terbaik di Malaysia,” kata Guiza.
- Metro
April 8, 2013 - 10:59 am
Pergghhh.. JDT nampak bersunguh ni. harap dpt masuk AFC tahun depan.
admin BANkami
http://bankami.blogspot.com
April 8, 2013 - 11:26 am
membazir je..
April 9, 2013 - 8:35 am
memang nmpak bazir bro….tp itu mmg slh satu cara pembaharuan dlm sukan….pelaburan itu kemestian bro utk kemajuan….kalo nk ikut bazir, yg ada kewangan tp tak guna utk saluran yg sepatutnya pun bazir jgk….mcmana nk maju…..tgk pengurusan perak dulu tak mampu byr gaji player, brape ramai yg rungut ngn lari….jepun ngn korea bola drg naik sbb ape? kewangan drg tggi utk sukan….
April 9, 2013 - 9:44 am
btul,2 aku xnafikan,mksd aku bazir bila plyer main xsmpai hbs kontrak.. 2 mksd pmbzrn bro.. sapa xsuka plyer bgs2 main kt liga kita..aku pun suka
April 9, 2013 - 10:53 am
ooo psl guiza tu… mmg dia main xabis kontrak… pengurusan johor tak berani amik risiko sbb guiza masih berbaki kontrak dgn getafe smpai bulan 8… tp liga kita akan main smp lepas bln 8… time tu kalo amik guiza terus tak guna sbb dia under kontrak lg dgn club lama…risiko kat situ… mmg drg dah jangka, cuma nk khidmat sementara mana yg dpt dr guiza je… kalo nk terus kena byr getafe mntk pampasan terus yg lg mahal… dgr puluh juta jgk… jd dpt pinjaman sementara pun jd la bg pihak jdt… utk naikkan blik team drg… nmpk gaya guiza nk terus kekal,player premier tugas xselesai utk dpt kurang2 1 piala mmg frust drg,del nero pun mcm tu jgk sbb tu drg nangis… tp jdt maybe xdpt ikut byr semahal tu… kalo guiza xda ikatan kontrak dgn getafe n pampasan murah, maybe jdt ikat terus… sbb tau dia byk selamatkn jdt wlau target gol dia jauh dr sasaran… jd drg cuba saluran kewangan utk cr lain je… sbb kewangan pun kena salur kat johor fa jgk utk pembentukan lain termasuk stadium, nti ngamuk fans sbb lebih team club dr team negeri.. tmj pun pening sudala baru,kena hentam fam, nk handle 2 team lg… letak jawatan terus… hehe
April 8, 2013 - 6:54 pm
bersungguh JDT gayanya ni.
April 9, 2013 - 8:35 am
bravo jdt… harap2 biarlaa menjadii.. br meriah skit liga malaysia tahun ni..
April 9, 2013 - 8:38 am
tq klate…. hrp kasi meriah sket bola malaysia…. bio oversea knl liga malaysia plk nti ramai nk mari sini main…. x gitu kan.. hehe
April 9, 2013 - 8:13 pm
Rasanya jurulatih JDT Fandi Ahmad kurang dari segi taktikal … perlu cari jurulatih baru kerana pasukan JDT adalah sebuah pasukan yang bagus secara individu bukannya berpasukan.
April 10, 2013 - 9:28 pm
Tak tentu player niii boleh buat JDT menang. Kalau nak menang beli semua player manchester united dgn alex ferguson sekali….. Lepas tuu…. Minta presiden fam ubah undang undang benarkan benarkan 20 player import.
Team sekarang transfer ke liga perdana … Confirm liga super menang dan liga perdana menang sekali …. Tahun depan terus masuk champion league …. Kalau nak ubah undang undang … Judin boleh buat kerana dah pergi ke AFF dah loni
May 24, 2013 - 3:42 am
aku cadangkan tmj kene cari ketua jurulatih pasukan johor dt yg baru thn dpn kalau dpt pg afc.fandhi ahmad tk pyh pecat bg jd jurulatih johor fa. ambk roberto dmetio yg kene pecat gan chelsea tu jd jurulatih johor dt.