“Saya tidak akan melepaskan jawatan semata-mata desakan mereka (penyokong) setiap kali pasukan tewas.
“Ini pengalaman paling buruk sejak bergelar jurulatih dan saya anggap ia satu cabaran untuk saya mengemudi pasukan ini,” tegas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris, semalam.
Mat Zan juga hairan dengan sikap segelintir mereka yang dikatakan penyokong tetapi bersikap seakan mahu membunuh masa depan bola sepak negeri ini.
Katanya, situasi itu berlaku ketika Terengganu masih berada dalam senarai di hadapan dan dalam posisi terbaik persaingan untuk memburu kejuaraan.
”Tidak pernah berlaku juga pada pasukan-pasukan di tangga bawah berbuat seperti itu.
“Saya rasa tindakan mereka ini bukan sahaja menjatuhkan moral pemain, malah moral saya juga turut terjejas kerana hari-hari ada sahaja cerita negatif mengenai pasukan dan pengurusan ditimbulkan,” tegas jurulatih yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001.
Terengganu tewas 1-2 kepada Sime Darby dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di gelanggang sendiri, Sabtu lalu.
Kekalahan itu mengundang beberapa penyokong hilang sabar dan terus melaungkan agar Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Mat Zan meletakkan jawatan.
Mereka turut berarak dan membuat kecoh di hadapan rumah Che Mat sebelum disuraikan penduduk kampung serta pihak polis.
Pada 10 April lalu, mereka turut mengadakan demonstrasi di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah Terengganu tunduk 0-2 kepada Tampines Rovers dalam Piala Konfederasi Bola sepak Asia (AFC).
Dalam pada itu, jurulatih berusia 54 itu menegaskan, beliau akan terus memikul tanggungjawab itu (jurulatih) selagi pihak pengurusan mahukan khidmatnya dan tidak akan sesekali menoleh kebelakang mahu pun ada yang ingin melihatnya meletakkan jawatan.
“Sebagai jurulatih, saya lagi mahu melihat pasukan saya sentiasa menang lebih daripada penyokong tetapi adakah wajar saya bertindak menjatuhkan moral pemain hanya kerana mereka kalah sedangkan kita masih berada di tangga yang terbaik dalam Liga Super dan Piala AFC.
Mat Zan turut melahirkan rasa terkilan kerana segelintir penyokong telah menghukum mereka sebelum pertarungan berakhir.
“Kita masih ada 90 minit lagi untuk pertemuan kedua nanti dengan Sime Darby tetapi mengapa sudah menjangkakan kegagalan kita? Ini tidak adil buat pasukan ini yang bertungkus-lumus bermain setiap kali perlawanan,” tegasnya.
Katanya, Terengganu juga masih mempunyai harapan dalam saingan Piala AFC apabila berdepan kelab Vietnam, Rabu ini.
Ketika ditanya mengenai hasrat segelintir penyokong yang mahu memboikot untuk turun menyaksikan pertemuan itu, Mat Zan berkata, beliau tidak mahu memikirkannya. — Utusan
Related posts
- Video: Terengganu 0-3 Kelantan
- Kelantan, Terengganu ke final Piala FA 2011
- Full Video: Terengganu 0-3 Kelantan
- Video T-Team 0-3 Terengganu [Liga Super 2012]
- Juara Piala FA 2011 bakal simpan trofi
- Jadual Suku Akhir Piala FA 2012
- Keputusan Separuh Akhir Piala FA 2012
- Isu penamatan kontrak Mat Zan-PBSNT ke mahkamah?
- Kedah kejutkan Terengganu 2-1
Main topics: Liga Malaysia, Liga Super
Sub topics: Letak Jawatan, Liga Super 2012, Mat Zan Mat Aris, Penyokong Bola Sepak Terengganu, Piala AFC 2012, Piala FA 2012, Terengganu
Patrick Ronaldinho x leh main..hrp Ganu dpt score byk..kalau sime darby ke final hilang seri final..stadium pn kosong..
kalu kelatang tak maing pong hilang seri….harap2 teganu ngang kelatang jumpe kat final..kamong teganu…maing molek2..puak2 kite….nananananana tegani kite!!!
kahkah…ganu xrok cetong doh….malu je…
kahkah….mane ganu kite yg nelang tu…dh xrok cetong ko….malu je…..
amende mung kabo ni BOLA…kawang nok ganu menang banyok piale tahung nih…nananana teganu kiteeeee eeee!!!
Player ramai hok panda. tapi bakpe byk kaloh. mesti jurulatih berat 66. Jurulatih bodo sombong.. dok sedor diri dok panda. Busuk kohong!!!
Mat Said jurulatih
harap2 ganu menang la malang ni lawang kelab vietnang…jangang nasib malang lagi…tahniah kelatang kerne menang semalang…kawang respek set2 deme….
sabo lake2 weh. ganung menang beso malang tadi katok Song Lam Nghe An. 6-2 bohhhhhhh……
Ambe takut se je, ambe takut kelatang jupe ganung di puisingang kedue je. Sebab format pusingang kedue ialah juare kumpulang H jupe naib juare kumpulang F dn naib juare kumpulang H jupe juare kumpulang F. Kalu jupe ganung sayang ah. Napok dok se team dari Malaysia kene keluo. Kalu buleh ambe nok due2 mangganah ke pusingang seteruhnye….
ganu main pelacur leh arrr