Venue perlawanan akhir belum ditetapkan FAM

DUA pasukan dari Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA 2011 selepas kedua-duanya menundukkan lawan masing-masing dalam saingan separuh akhir malam ini.

Kelantan layak ke final apabilan menewaskan Selangor dengan agregat 6-2 selepas perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu malam ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. [LIHAT VIDEO]

Terengganu pula mara ke final selepas menundukkan pasukan jiran, Pahang 2-0 di Kuala Terengganu untuk keputusan agregat 5-2. [LIHAT VIDEO]

Pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad ke-IV menyaksikan Kelantan dan Selangor terikat 1-1.

Gol Kelantan dijaringkan oleh Shakir Shaari pada minit ke-9 setelah dia merembat kencang bola di luar kotak penalti. Manakala Selangor meraih gol pada minit ke-78 menerusi Rudie Ramli.

Dalam perlawanan itu, Kelantan memiliki sekurang-kurangnya sepuluh peluang keemasan, namun semuanya gagal disempurnakan dengan baik.

Sementara itu, satu lagi aksi malam ini menyaksikan skuad Penyu anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ia sekaligus melayakkan mereka ke final dengan agregat 5-2 apabila dua gol masing-masing dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-36 dan pemain gantian, Mohd Alimi Fahmi Kamaruddin pada minit ke-85 untuk menyekat impian skuad Tok Gajah ke pentas final.

Perlawanan akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2011 di venue yang masih belum ditetapkan oleh pihak FAM.




coded by nessus

Main topics: Piala FA

Sub topics: , , , , , , ,


Readers Comments (2)

  1. peminatkijang

    ganu pun kito katok….

     Reply