Sepanyol hampiri EURO 2012

Sepanyol 3-1 Lithuania

JUARA Eropah dan Dunia, Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan Euro 2012 setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lithuania awal pagi semalam.

Gol daripada Xavi dan Juan Manuel Mata serta jaringan sendiri daripada Tadas Kijanskas sudah cukup untuk membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan kelima dalam saingan Kumpulan I.

Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil rembatan Marius Stankevicius sebelum tewas 3-1.

“Amat penting untuk menang hari ini (semalam) meskipun keadaan padang tidak begitu bagus,” kata perancang Sepanyol, Xavi.

“Apa yang ada hanyalah pasir, sungguh sedih apabila melihat keadaan padang seperti ini. Kamu tidak boleh bermain bola di atas padang sebegini.

“Tetapi kami tetap gembira dengan kemenangan ini. Kami telah meletakkan sebelah kaki ke pusingan akhir Euro 2012.”

Ketika ini, Sepanyol memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan I selepas mengumpul 15 mata dengan baki tiga lagi perlawanan, enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Republik Czech yang menang 2-0 ke atas Liechtenstein.

Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque membuat lima pertukaran dalam skuad yang menewaskan Czech 2-1 pada Jumaat lepas dengan merehatkan Fernando Torres dan Andres Iniesta.

Trio pemain Athletic Bilbao, Fernando Llorente, Javi Martinez dan Andoni Iraiola diturunkan dalam skuad utama pada perlawanan tersebut. -Kosmo

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>