SAINGAN Liga Super kembali bersambung dengan pasukan teratas, Kelantan akan cuba mempertahankan kedudukannya yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol dengan dua lagi pasukan, apabila melayan kunjungan Harimau Muda A di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Kemenangan ke atas skuad kendalian Ong Kim Swee akan memastikan Kelantan terus menghuni tangga teratas liga selepas lapan perlawanan, tetapi dua pesaing rapatnya, Felda United dan Selangor yang turut mengumpul 14 mata, berpeluang memintas sekiranya berpesta gol, selang sehari berikutnya.

Felda United berdepan lawan yang belum pernah tewas – Perak – di Stadium Ipoh pada Sabtu, manakala Selangor bakal menguji salah satu daripada tiga pasukan Pantai Timur yang mara ke separuh akhir – Pahang – di Stadium Shah Alam.

Ketiga-tiga perlawanan ini sebagai peluang untuk kelompok tiga pasukan teratas menjarakkan diri, manakala Perak yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah, dihidangkan peluang terbaik memintas Felda sekali gus merapatkan diri dengan pendahulu liga.

Bagi Negeri Sembilan, pertemuan dengan Terengganu di laman sendiri esok adalah ujian pertama buat pengendali, Mohd Azraai Khor Abdullah yang baru dilantik menggantikan Wan Jamak Wan Hassan selepas meletak jawatan bulan lalu.

Senarai penjaring, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menguasai Liga Super dengan ledakan berbisanya tujuh gol. Dua penjaring prolifik Terengganu, Abdul Hadi Yahya dan Mohd Ashaari Samsuddin di tangga kedua meledak empat gol.




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)