Selangor bangkit benam Perlis

JUARA bertahan, Selangor bangkit daripada kekalahan pada aksi Sumbangsih, Sabtu lalu apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Perlis 2-0 di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, skuad bimbingan K Devan itu memperoleh jaringan pada babak kedua menerusi Mohd Safee Sali (63) dan Fitri Shazwan Raduwan pada minit ke-76.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali bijak memperdayakan pertahanan Perlis sebelum melepaskan rembatan yang membuahkan hasil bagi gol pertama Selangor.

Kelalaian pertahanan Perlis sekali membawa padah apabila Mohd Fitri Shazwan Raduwan menggunakan peluang terhidang untuk menghukum skuad tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-76 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan-perlawanan lain yang berlangsung malam tadi menyaksikan T-Team tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan manakala Kedah menang 1-0 ke atas Felda United.

Terengganu pula mengikat juara Piala Sumbangsih, Kelantan 1-1 di Kota Bharu sementara Pahang tewas 1-3 kepada Harimau Muda A.

Perak mula mempamerkan kebangkitan apabila menewaskan Johor FC 1-0 manakala Kuala Lumpur menang 1-0 ke atas Sabah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>