Penyokong Kelantan kesal FAM buang banner gambar Annuar Musa


Antara Banner memaparkan gambar Annuar Musa semasa Final Piala FA 19 Mei 2012.


Tan Sri Annuar Musa tunjang kejayaan Kelantan muncul kuasa baru bola sepak Malaysia.

Tindakan buang kain rentang ada imej TS Annuar Musa tingkatkan kebencian peminat kepada FAM

KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) melahirkan kekesalan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuang kain rentang milik mereka pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Pengerusinya, Mohd Yahya Jamada Ali mempersoalkan tindakan FAM menanggalkan kain rentang semata-mata kerana ia memaparkan imej Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa.

“Timbul tanda tanya mengapa kain rentang tersebut dibuang FAM tanpa sebab kukuh. Sedangkan kain rentang tersebut hanya mengandungi kenyataan yang memberi sokongan kepada Annuar Musa sahaja.

“Kenyataan yang tertera pada kain rentang tersebut langsung tidak menyentuh dan mencaci keperibadian barisan kepimpinan FAM.

“Tindakan FAM menggambarkan seolah-olah mereka mempunyai agenda peribadi terhadap pemimpin bola sepak Kelantan yang digantung itu.

“Apa dosa Annuar kepada FAM sehinggakan penyokong tidak dibenarkan menggantung kain rentang yang memaparkan imej beliau dalam stadium ketika itu.

“Amat tidak wajar FAM selaku penganjur perlawanan akhir tersebut bertindak sedemikian sedangkan penyokong berhabisan ribuan ringgit bagi menghasilkan kain rentang tersebut,” katanya.

Tambah Mohd Yahya, tindakan tidak bertanggungjawab FAM itu akan meningkatkan lagi rasa benci penyokong Kelantan yang sememangnya dianaktirikan oleh badan induk bola sepak kebangsaan selama ini.

Justeru beliau meminta FAM memberi penjelasan segera berhubung tindakan menanggalkan kain rentang berkenaan.

Dalam perlawanan akhir Piala FA 19 Mei lalu, Kelantan muncul juara selepas menewaskan Sime Darby 1-0 hasil jaringan Mohammed Ghaddar.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

12 Responses to Penyokong Kelantan kesal FAM buang banner gambar Annuar Musa

  1. Pembetulan..admin terr.. Bukan banner atas yang dirampas.. banner lain…

  2. FAM…kembalilah kepangkal jalan yang betul..
    sebelum di BERSIH ….10.0

  3. booooooikot FAM ……

  4. Hashim Abdul Hamid

    kalau sikap FAM spt budak-budak… pasti bola di Malaysia tidak akan maju

  5. fam selamanya bangsat…

  6. suruh fam mian bola set-set dia jah kalu lagu tu gak…

  7. presiden bila nk pencen.. lama sgt dh.. lg pun selama ni xdak apa pun yg dibawany keatas kemajuan bolasepak m’sia. pasal bola pun mungkin tak brp nk reti.. brpaX dlm idup dia pi nonton bola. pgg jwt presiden dlm bidang lainla.. mcm golf sesuailh kot rasany.. dlm fam, bab menarik penaja pun xmampu dibuatny.. kaut untung je tau..
    tpkn aku rasa klu kita boikot betol2 fam ni baru mrk sedar.. sabar skit jer.. jgn tonton bola kt stadium.. tonton bola kt tv je.. target fam hanya jualan tiket. kuasa itu majoritiny hany ada kt fans red worrior je.. fans lain bkn penuh stadium pun.. aku rasa ½ pun xsampai.. masa dpn b.sepak negara kita adalah ditgn kita sndiri sbnrny.. prcylh..tiket skrg makin mahal tp pengamatan fam trhadap fans klntan ni tetap sama.. wlau mahal tp fans tetap beli.. tetap memeriahkn stadium wlau brbgai2 tindakn fam keatas tsam dn klntan.. sbb tu diaorang semakin brlagak..

  8. pemain2 kelantan boikot jer skuad kebangsaan & KAFA pun x payah lepaskan pemain untuk latihan@perlawanan skuad kebangsaan wlpn dipanggil..

  9. btol 2…xyah lepaskan player trw g wakil malaysia bkn xde semgt kenegaraan tp FAM pn ntahapantah..yg tau hanya nk duit jer…nk mkn duit dr negeri lain x ckp bb x rmi yg g stadium tp lau trw main stadium penuh…bersihkan FAM….

  10. Pirlo De Italia

    Dah tiba masanya TSAM pegang jawatan Presiden FAM. Orang lama dalam badan induk harus mengalak. Cuba tengok kat Eropah, dari tampuk kepimpinan sampai la kejurulatihan semuanya orang bola sepak yang pegang. Cuma tengok presiden EUFA, Michel Platini merupakan bekas pemain Perancis. Cuba tengok Director Football Blackburn Rovers, Shebby Singh yang pegang. Cuba tengok Zidane, Beckenbaure pegang jawatan teknikal dalam kelab Real Madrid dgn Bayern Munich. Cuba tengok Bobby Charlton, pegang jawatan Director of Football kat Man U. Wahai tampuk FAM, berilah haluan pada muka2 baru dari bekas pemain bolasepak Malaysia dan yang bersedia untuk membawa perubahan pada struktur bolasepak Malaysia.

  11. melayu mmg cam tu. xleh tgk org lain lg hebat pd dia. presiden fam tu takut tgk kecemerlangan TSAM dlm membangunkan bola klate. die takut kalau TSAM berada dlm FAM, kerusi presiden yg die pgg sejak berzaman tu jatuh kat TSAM. dah presiden FAM tu ape track record nye dlm bidang bola sepak ni? nothing.

    setuju ngan sinbad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>