Pertarungan sengit Perak-Harimau Muda
KETUA jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee menjangka akan diberi tentangan sengit daripada pasukan tuan rumah Perak menjelang perlawanan Liga Super malam ini di Stadium Negeri.
Perak dibawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan Norizan Bakar ketika ini masih belum tewas dan hanya bolos satu gol sepanjang lima pertemuan.
Norizan yang juga bekas jurulatih Perlis dari pernah membawa pasukan kendaliannya tersebut menjuarai Piala Malaysia pada 2004 dan 2006, serta turut berjaya membawa Singa Utara muncul juara Liga Super pada 2005.
Penyerang sensasi Akmal Rizal Rakhli pastinya akan menjadi harapan buat skuad Seladang untuk membawa kejuaraan musim ini selepas penyerang berasal dari Kedah tersebut telah menjaringkan empat gol sepanjang lima pertemuan.
Ong Kim Swee sedar tugas berat menantinya dan enggan memandang rendah lawan mereka menjelang perlawanan malam ini.
“Norizan seorang jurulatih yang bagus, reputasinya di dalam kancah bola sepak tidak boleh dipertikaikan. Dia berjaya membawa Perlis merangkul Piala Malaysia dan Liga.
“Beberapa perubahan di dalam kesebelasan yang seri tempoh hari dengan Felda akan dilakukan. Rata-rata pemain yang saya pilih tidak pernah mengecewakan, saya yakin dengan keupayaan mereka,” ujar Ong Kim Swee semasa ditemubual.
HMA dijangka akan kembali menurunkan Muslim Ahmad untuk menganti tempat Fadhli Shas yang tercedera, manakala G Gurusamy akan mengambil tempat Irfan Ismail di posisi bahagian tengah.
Luahan Perasaan