ISU perpindahan pemain ke pasukan baru selain usaha Tengku Mahkota Johor (TMJ) memperkasa pasukan Johor dengan membawa masuk pemain La Liga Sepanyol, Daniel Guiza selain kemelut pasukan Terengganu yang mempunyai dua jurulatih adalah antara rencah awal yang bakal merancakkan saingan Liga Super 2013 awal Januari tahun depan.

Mampukah Daniel Guiza dengan reputasi penjaring terbanyak La Liga bagi musim 2007/2008 bersama pasukan Real Mallorca selain pernah membantu Sepanyol muncul Juara EURO 2008 membuktikan kemampuan dirinya dalam saingan Liga Malaysia pula?

Bagi peminat pasukan Johor sudah tentu mereka mengharapkan sentuhan Guiza bersama pasukan dengan Jolokan Harimau Selatan itu dapat mengembalikan kegemilangan Johor pada era 1990-an seterusnya memecah penguasaan Kelantan dalam kancah Liga Malaysia sejak dua musim lepas.

Persoalannya mampukah pemain Sepanyol berusia 32 tahun itu serasi dengan corak latihan diterapkan Fandi Ahmad dan permainan rakan sepasukan kerana bola sepak bukanlah bergantung kepada seorang pemain sahaja.

Ikuti semua itu dan banyak lagi info menarik kerancakan Liga Super 2013 di laman khas sokernet.com di alamat http://ligasuper.sokernet.com atau klik imej di bawah:

Berita Liga Super 2013

Laman Web Khas Liga Super Malaysia




coded by nessus

Main topics: Liga Malaysia, Liga Super

Sub topics: , , , , , , , ,


Readers Comments (0)